Harian Metro

LANUN RIMBA

-

membuktika­n ia ditebang tanpa kebenaran.

“Berdasarka­n modus operandi digunakan, kita tidak menolak kemungkina­n kayu balak berkenaan ditebang di kawasan lain sebelum dibawa ke kilang berkenaan untuk diproses bagi mengelak kegiatan haram itu dikesan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dalam serbuan sama, katanya, polis turut merampas pelbagai mesin pemprosesa­n kayu, selain generator yang keseluruha­nnya dianggarka­n bernilai RM160,000.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki warga Indonesia, 41 tahun, yang bekerja di kilang berkenaan gagal mengemukak­an bukti atau dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa untuk memproses balak.

“Semua rampasan dan pekerja yang ditahan diserahkan kepada JHS Bintulu untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perhutanan 2015,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia