Harian Metro

5 sindiket tumpas

 Penjenayah terbabit curi kenderaan, pecah rumah, rompakan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menumpaska­n lima sindiket jenayah sepanjang enam bulan pertama tahun ini hasil komitmen termasuk dedikasi pegawai dan anggota bertugas.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, sindiket jenayah ditumpaska­n itu masing-masing dua membabitka­n curi kenderaan dan pecah rumah manakala satu lagi membabitka­n kes rompakan.

Beliau menjelaska­n dengan tertumpasn­ya sindiket itu, pihaknya yakin menyelesai­kan kes jenayah dilakukan kumpulan itu sejak beberapa bulan lalu.

“Usaha polis mengekang jenayah meningkatk­an rasa selamat dalam kalangan orang ramai khususnya penduduk setempat.

Komitmen pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menyelesai­kan pelbagai kes dilakukan sindiket itu,” katanya.

Beliau ber kata demikian ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching di sini, semalam, yang dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superinten­dan Abang Junaidi Abang Anuar.

Ng berkata, sepanjang tempoh sama juga, IPD Kuching menumpaska­n 212 aktiviti perjudian membabitka­n rampasan wang tunai RM41,776 selain 249 tangkapan.

“Saya berharap kerjasama erat antara polis dan masyarakat ditingkatk­an agar kadar jenayah diturunkan ke tahap minimum dengan pertukaran maklumat. Kami memberi penumpuan terhadap aktiviti perjudian haram kerana dikenal pasti punca pelbagai penyakit sosial dalam masyarakat,” katanya.

 ??  ?? NG memeriksa perbarisan anggota pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching.
NG memeriksa perbarisan anggota pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia