Harian Metro

Suspek kes pecah rumah ditahan

-

Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah ditahan di sebuah rumah di Kampung Lereng Bukit di sini, pagi semalam.

Suspek berusia 20-an ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri jam 11.30 pagi.

Sumber memberitah­u, beberapa barangan dipercayai hasil pecah rumah turut dirampas antaranya beg, kamera digital dan dekoder televisyen.

“Suspek ditahan hasil risikan polis dan maklumat awam sejak seminggu lalu berkaitan suspek. Polis percaya terdapat barangan lain bersama suspek dan usaha mengesan barangan berkenaan dijalankan,” katanya.

Katanya, suspek yang juga penganggur itu dipercayai terbabit dalam pelbagai kes pecah rumah membabitka­n kerugian lebih RM10,000.

“Polis tidak menolak kemungkina­n terdapat individu lain turut terbabit dalam kegiatan itu. Suspek dibawa ke Balai Polis

Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi suspek ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.
ANGGOTA polis mengiringi suspek ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia