Strategi pendidikan Bajau Laut Dana kaji wabak rabies
Kerajaan perlu merangka strategi untuk memberi didikan kepada kanak-kanak Bajau Laut supaya lebih ‘beretika’ ketika menerima kunjungan pelancong ke Semporna khususnya di kawasan pulau peranginan di daerah berkenaan.
Langkah itu perlu diambil bagi mewujudkan suasana lebih harmoni, seterusnya mengelak timbul pandangan negatif sesetengah pihak terutamanya pelancong luar negara.
Pengerusi Persatuan Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna, Kerino Jalani berkata, kehidupan masyarakat Bajau Laut yang tinggal di atas sampan antara tarikan kerap dimasukkan dalam pakej pelancongan di Semporna.
Bagaimanapun, katanya, tindakan mereka terutama kanak-kanak berebut-rebut meminta makanan sehingga ada memanjat bot pasti mengganggu ketenteraman pelancong.
“Walaupun kanak-kanak itu tidak pernah bersekolah atau mendapat pendidikan, perkara itu tidak boleh dibiarkan begitu saja kerana ia akan membawa kesan negatif terhadap sektor pelancongan di daerah itu,” katanya.
Kerajaan Persekutuan di bawah kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) diminta menyediakan peruntukan dana bagi membantu menaik taraf kemudahan makmal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), khusus bagi menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) menangani jangkitan rabies di negeri ini.
Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, cadangan itu dilihat lebih praktikal dan berkesan dalam memerangi penularan wabak pembunuh itu kerana ketika ini, sampel anjing dikumpulkan perlu dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh, Perak.
“Ia mengambil lima hari untuk mendapatkan keputusan, terutama dalam keadaan mendesak atau kes kecemasan. Terdapat sampel yang dihantar dan diuji di makmal UNIMAS, namun tidak diiktiraf Kementerian Kesihatan dan badan antarabangsa.
“Justeru, kami mahukan Kerajaan Persekutuan menaik taraf kemudahan dan sistem di makmal sedia ada di UNIMAS supaya kami dapat menjalankan ujian sampel anjing di sini,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.
Menurut Dr Annuar, 33 daerah di seluruh negeri diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan wabak berkenaan atau lebih dikenali sebagai jangkitan anjing gila dengan kawasan terbesar di Serian dipercayai kerana lokasinya berhampiran sempadan wilayah Kalimantan, Indonesia.
Sementara itu, terdapat empat klinik gigitan anjing yang ditubuhkan di hospital dan klinik kesihatan untuk mendiagnosis, merawat dan memantau kes gigitan anjing.
Wabak rabies mula dikesan di Serian pada Julai tahun lalu dan mengorbankan 10 nyawa.
Minta peruntukan bantu naik taraf kemudahan makmal UNIMAS