Harian Metro

Latih pengasuh bertauliah

 Tangani isu secara holistik selaras keperluan ibu bapa bekerja

- Mahaizura Abd Malik dan Norizuan Shamsuddin cnews@nstp.com.my

PPIM melihat

perkara itu sebagai isu sosial yang sangat

serius

Siti Norsuraya

Isu membabitka­n pengasuh perlu ditangani secara holistik dengan meneliti semula perundanga­n dan dasar sedia ada supaya selaras dengan keperluan golongan ibu bapa yang bekerja.

Ketua Biro Wanita Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Siti Norsuraya Ali berkata, pelbagai perkara perlu diberikan perhatian sekiranya pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak mahu diwujudkan di tempat kerja.

“PPIM melihat perkara itu sebagai isu sosial yang sangat serius dan perlu ditangani semua pihak kerana ia membabitka­n keselamata­n anak kecil yang diletakkan di bawah jagaan pengasuh ketika ibu bapa keluar bekerja.

“Sebelum menyelaras­kan penubuhan pusat asuhan di tempat kerja, kerajaan dan majikan perlu menyelesai­kan masalah sijil kelayakan menduduki bangunan (CF) di pejabat kerajaan mahupun swasta yang belum mendapat perakuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pelbagai masalah teknikal lain seperti logistik.

“Kami juga mengesyork­an pusat asuhan dan jagaan yang bukan saja berdaftar tetapi beroperasi 24 jam untuk mereka yang bekerja mengikut syif dan luar waktu pejabat selain kedudukan lokasi berdekatan hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, keupayaan pengasuh juga perlu diberi penekanan dengan mengambil mereka yang bertauliah saja mengendali­kan kanak-kanak.

“Kami melihat latihan kecemasan seperti bantuan pernafasan (CPR) bukan saja perlu diwajibkan untuk pengasuh tetapi juga ibu bapa sebagai bantuan awal sebelum dirujuk ke klinik mahupun hospital.

“Selain itu, pemantauan berkala daripada pihak berkuasa juga perlu dan bukan hanya bertindak jika menerima aduan mahupun apabila berlaku kejadian tidak diingini,” katanya.

Mengulas lanjut isu disiarkan muka depan Harian Metro semalam, beliau berkata, PPIM turut menerima sekurang-kurangnya lima aduan dalam tempoh tiga hari lalu membabitka­n kes sama yang membuktika­n isu pengasuh bermasalah masih gagal ditangani.

“Daripada jumlah itu, tiga kes membabitka­n kematian termasuk kes bayi Nur Aisy Mohd Ikhwan dan Abu Zea Ophilea Abu Nain yang disiarkan Harian Metro hari ini (semalam) manakala bakinya cacat kekal dan cedera.

“Selain lima kes itu, kami juga mengumpul maklumat dan mengenal pasti 10 lagi kes berkaitan yang belum mendapat pembelaan sampai sekarang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan membawa suara pengadu kepada pihak atasan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatka­n keadilan buat anak mereka.

“Kebanyakan hasil siasatan kes diputuskan Tiada Tindakan Lanjut. Kita mahu tindakan diambil kepada pesalah yang bertanggun­gjawab menyebabka­n kematian dan kecederaan mangsa kerana kes mereka bukan diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia