Harian Metro

Maklumat tidak betul

 Ustaz Kazim nafi minta PDRM siasat 100 pemilik akaun palsu

- Zahratulha­yat Mat Arif zahratulha­yat@nstp.com.my

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menafikan berita tular di laman sosial bahawa beliau meminta siasatan dilakukan terhadap lebih 100 pemilik akaun laman sosial yang didakwa menggunaka­n namanya.

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah itu membuat penafian itu di laman sosial Facebook (FB) miliknya dalam status yang dimuat naik kelmarin.

“Ini maklumat palsu,” tulis pengendali laman sosial FB milik Mohd Kazim.

Menerusi berita yang tular di laman sosial, Mohd Kazim atau lebih popular dengan panggilan Ustaz Kazim dikatakan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat lebih 100 pemilik akaun laman sosial yang didakwa menggunaka­n namanya.

Beliau mendakwa, setiap pemilik akaun palsu yang mempunyai jutaan pengikut itu menggunaka­n namanya untuk kepentinga­n tertentu termasuk menyebarka­n hadis palsu dan mengutip derma menggunaka­n nama Pusat Pendidikan Al-Barakah.

Selasa lalu, akhbar ini melaporkan Ustaz Kazim mengesahka­n akan menjual unit tahfiz di pusat berkenaan kerana tidak mampu lagi menampung kos pembiayaan pusat berkenaan yang dianggarka­n berjumlah RM150,000 sebulan.

Bagaimanap­un kelmarin, beliau pada sidang media memaklumka­n hasrat itu ditangguhk­an sementara menunggu perbincang­an dengan kerajaan negeri dan beberapa pihak lain yang menyatakan kesediaan membantuny­a.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media kelmarin dipetik berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi membolehka­n pusat berkenaan terus beroperasi seperti biasa demi kepentinga­n pelajar dan kakitangan pusat berkenaan.

 ??  ??
 ??  ?? USTAZ Kazim
USTAZ Kazim
 ??  ?? LAPORAN muka depan Harian Metro, 11 Julai lalu.
LAPORAN muka depan Harian Metro, 11 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia