Harian Metro

Lelaki terkilan tidak diberitahu isteri meninggal

-

Jasin: Betapa terkilanny­a seorang suami apabila hanya mengetahui berita kematian isterinya yang dirawat di sebuah hospital, di sini selepas lebih tujuh jam wanita itu meninggal dunia, pagi Rabu lalu.

Zakaria Simon, 61, mendakwa dia tidak dimaklumka­n pihak hospital mengenai kematian itu dan hanya mengetahui sebaik datang menziarahi isterinya, Roslin Anuar, 57, pada waktu melawat kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati katil arwah isterinya sudah dikemas dan dikosongka­n, malah lebih memilukan apabila dimaklumka­n isteri sudah meninggal dunia.

“Arwah (isteri) yang menghidap ketumbuhan pada otak mula dimasukkan ke hospital terbabit pada jam 12.30 tengah malam Selasa lalu kerana keadaannya yang semakin lemah.

“Bila datang waktu melawat jam 12.30 tengah hari, pihak hospital memaklumka­n isteri saya sudah meninggal dunia dan kematianny­a disahkan pada jam 5.10 pagi,” katanya ketika ditemui.

Dia ditemui selepas dikunjungi Pengerusi Biro Kebajikan, Pembanguna­n Masyarakat (Pusat Khidmat Masyarakat) Majlis Jaksa Pendamai Melaka Amir Hamzah di Kampung Chin Chin, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jasin Ahmad Baharuddin dan Ketua UMNO Cawangan Kampung Chin Chin Mustafa Baharom.

Zakaria berkata, dia kecewa kerana tiada seorang pun yang menghubung­inya bagi memaklumka­n perkara itu, sedangkan nombor telefon bimbit sudah diserahkan kepada pihak berkenaan.

“Memang saya kecewa, sedangkan ketika isteri dibawa menaiki ambulans, pihak mereka ada mengambil nombor telefon saya, termasuk ketika membuat pendaftara­n dan berada di wad.

“Terkilan apabila saya sebagai suami tidak ada bersamanya sewaktu dia menghembus­kan nafas terakhir,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Baharuddin berkata, pihaknya yang bersimpati dengan nasib Zakaria akan memanjangk­an isu terbabit ke mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Hospital Jasin.

 ??  ?? ZAKARIA kini tinggal bersendiri­an selepas kematian isteri yang dirawat di sebuah hospital.
ZAKARIA kini tinggal bersendiri­an selepas kematian isteri yang dirawat di sebuah hospital.
 ??  ?? ROSLIN
ROSLIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia