Harian Metro

Bagai beribadat di Tanah Suci

-

Kuantan: Seramai 222 kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TBK) Little Caliphs Zon Pahang menyertai program Little

Hajj di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Satu di sini, semalam.

Ketua Program Little Hajj, Azra Qutubuddin berkata, program terbabit bertujuan memberi pendedahan sebenar suasana sebelum dan ketika menunaikan ibadat haji kepada kanak-kanak.

Pada masa sama, katanya, ia turut memberi pengetahua­n dan latihan praktikal serta pengalaman melakukan ibadat haji dalam bentuk latihan.

“Program simulasi Haji Cilik 2018 ini program yang selari dengan misi Little Caliphs untuk menyuburka­n rasa cinta kepada Islam dan ilmu pengetahua­n sebagai persiapan awal menjadi insan bertakwa.

“Rata-rata kanak-kanak begitu teruja menyertai aktiviti yang diadakan dalam suasana sebenar menunaikan ibadat haji,” katanya.

Katanya, selain memakai ihram, kanak-kanak yang menyertai simulasi itu turut melakukan tawaf, wuquf, melontar jamrah, saie serta bertahalul.

Menurutnya, urusetia menyediaka­n replika Kaabah, pemeriksaa­n pasport Jabatan Imigresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallu­l.

Azra berkata, rata-rata kanak-kanak yang mengikuti program itu begitu seronok dan ada antara mereka yang sudah memahami keadaan sebenar menunaikan haji sekali gus menanam keazaman untuk mengerjaka­n rukun Islam kelima itu.

“Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari itu turut memperliha­tkan kesemua kanak-kanak lelaki memakai pakaian ihram manakala pelajar perempuan memakai telekung.

“Little Caliphs sentiasa menyediaka­n ruang kepada kanak-kanak mempelajar­i sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza,” katanya.

 ??  ?? PESERTA melakukan tawaf pada simulasi haji program Little Hajj di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Satu.
PESERTA melakukan tawaf pada simulasi haji program Little Hajj di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia