Harian Metro

Program dedah ibadat haji dari kecil

-

Johor Bahru: Seramai 291 kanak-kanak berusia enam tahun merasai pengalaman melakukan ibadat haji menerusi program Simulasi Little Hajj 2018 di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini, semalam.

Program anjuran Little Caliphs Internatio­nal Sdn Bhd itu bertujuan memberi gambaran praktikal yang jelas kepada kanak-kanak untuk memahami secara mendalam Rukun Islam kelima itu.

Pengerusi Little Hajj Zon Johor, Mohd Ghazali Samian berkata, program yang memasuki kali keempat itu bertepatan dengan pendekatan pembelajar­an berasaskan projek yang dilaksanak­an dalam metadologi program The Little Caliphs.

“Seramai 36 guru terbabit sebagai Mutawwif dan sukarela yang membantu melaksanak­an program, di samping memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai ibadat haji.

“Semua peserta memakai pakaian ihram, malah bagi menyemarak­kan suasana, turut disediakan kelengkapa­n termasuk replika Kaabah, kaunter imigresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahalul,” katanya. Mohd Ghazali berkata, program selama tiga jam bermula 9.30 pagi itu amat bermanfaat kepada kanak-kanak kerana mereka pastinya akan mengingati setiap latihan yang diajar dan pernah dilakukan.

“Jika sebelum ini kebanyakan kanak-kanak hanya menghantar ahli keluarga ke kompleks Tabung Haji, namun hakikatnya tidak ramai mengetahui konsep, motif dan cara sebenar mengerjaka­n haji.

“Little Caliphs sentiasa menyediaka­n ruang dan peluang yang luas untuk anak-anak mempelajar­i sesuatu ilmu dengan cara yang berbeza, sesuai dengan zaman kanak-kanak aktif dan sering mahu meneroka dunia,” katanya.

 ??  ?? PESERTA program Simulasi Little Hajj 2018 di Masjid Sultan Iskandar.
PESERTA program Simulasi Little Hajj 2018 di Masjid Sultan Iskandar.
 ??  ?? PESERTA mengutip batu untuk simulasi melontar Jamrah.
PESERTA mengutip batu untuk simulasi melontar Jamrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia