Harian Metro

Layanan kelas VIP di MCM Comic Con London

-

Kuala Lumpur: Berada di MCM Comic Con London, England menjadi keinginan setiap penggemar fanatik watak adiwira filem, komik, manga, rancangan bersiri dan

Ia pasti tambah mengujakan sekiranya mendapat layanan kelas pertama atau VIP sepanjang berada di sana.

Kini peluang itu boleh diperoleh menerusi Petron yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi pengalaman VIP Marvel di MCM Comic Con London 2019 sempena tayangan filem Marvel Studios Ant-Man and The Wasp.

Pengalaman selama lima hari empat malam itu termasuk kemasukan eksklusif ke MCM Comic Con London 2019, bina patung mini tiga dimensi, melawat Natural History Museum, Madame Tussauds dan London Sharf Observatio­n Deck.

Bukan itu saja, rasai berlatih dan bertarung ala super hero serta cuci mata di sekitar lokasi terkenal kota London.

Cara untuk mendapat peluang keemasan ini mudah saja iaitu dengan hanya mengisi minyak RM50 menggunaka­n kad Petron Miles.

Tempoh promosi bermula 21 Jun hingga 20 Ogos 2018 dan hadiah utama akan diberikan kepada dua pemenang (sepasang). Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Selain itu, 50 pemenang mingguan pula berpeluang membawa pulang barangan premium edisi terhad Marvel Studios Ant-Man and The Wasp seperti beg sandang, jaket baju-T dan

Apa tunggu lagi? Layari Facebook Petron Malaysia (www.facebook.com/ PetronMala­ysia) untuk maklumat lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia