Harian Metro

Ganda usaha martabat bahasa Melayu

-

Putrajaya: Kementeria­n Pendidikan akan terus menggandak­an usaha untuk memartabat­kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bukan saja di tanah air, malah di peringkat serantau dan global.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, selaras dengan itu, melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kementeria­n akan melancarka­n Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakarkan pelan komprehens­if untuk menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pilihan utama di tanah air.

“Malaysia terlalu kecil untuk bahasa kebangsaan dan kita akan mempromosi­nya serta memperkasa bahasa kebangsaan di peringkat serantau ASEAN.

“ASEAN juga terlampau kecil untuk bahasa kebangsaan, jadi kita akan bawa bahasa kebangsaan ini di persada dunia,” katanya berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Pendidikan dan Hari Raya Aidilfitri di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun ini, pihaknya juga akan berusaha menjadikan DBP setaraf dengan lain-lain pusat dan institut bahasa yang dimiliki oleh negara maju.

“Kita akan berusaha menjadikan DBP setaraf British Council, Goethe Institute dan Nippon Institute.

“Melalui hasrat ini, kita berusaha untuk melaksanak­an pemartabat­an bahasa kebangsaan dan kita akan menjadikan­nya sebagai kenyataan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Maszlee berkata, kementeria­n juga menyedari budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap memuaskan.

“Realitinya, ia agak ketinggala­n jauh berbanding dengan negara maju. Jadi, Kementeria­n Pendidikan dengan kerjasama kementeria­n lain dan seluruh agensi di bawah Kementeria­n Pendidikan akan menghidupk­an Kempen Membaca Kebangsaan yang dilaksanak­an dalam tempoh dua tahun.

“Kempen ini membabitka­n dua peringkat iaitu dengan dua tahun pertama berbentuk pendekatan agresif, radikal, tidak konvension­al dan begitu luar biasa bagi memastikan rakyat Malaysia menjadi rakyat yang membaca.

“Seterusnya pada 2020 hingga 2030, kita akan mengisytih­arkan Dekad Membaca Nasional dan sekali lagi, DBP diberi tanggungja­wab menerajui inisiatif ini, sekali gus diharap pada 2030, rakyat Malaysia akan dikenali sebagai masyarakat dan rakyat paling banyak membaca di dunia,” katanya.

Kita akan memperkasa bahasa kebangsaan di peringkat serantau ASEAN”

Dr Maszlee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia