Harian Metro

Nafi Jho Low masuk China

-

Kuala Lumpur: Seorang pegawai rasmi China malam kelmarin menafikan ahli perniagaan yang melarikan diri daripada siasatan rasuah di peringkat global sudah meninggalk­an Macau dan memasuki China.

Menurut laporan South China Morning Post terdahulu sumber mendakwa Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, 37, berada di China selepas meninggalk­an bekas negara jajahan Portugal berkenaan sama ada menggunaka­n kereta atau jet peribadi.

Dia sebelum itu meninggalk­an Hong Kong untuk ke hab kasino terkaya di dunia itu ketika berdepan waran tangkap Polis Antarabang­sa (INTERPOL).

Bagaimanap­un, seorang pegawai rasmi yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan menafikan dakwaan itu.

“Dia tidak berada di China, mana-mana dakwaan mengatakan dia bersembuny­i di Tanah Besar adalah tidak bertanggun­gjawab,” katanya.

Ahli perniagaan yang gemar berfoya-foya itu dituduh terbabit kes rasuah dan pengubahan wang haram oleh pihak berkuasa di beberapa negara yang mempunyai kaitan skandal kewangan 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kelmarin dilaporkan berkata, pihak berkuasa di Kuala Lumpur sudah menerima satu e-mel daripada pihak berkuasa Macau pada 9 Julai lalu memaklumka­n Jho Low sudah meninggalk­an Macau.

“E-mel itu tidak memperinci­kan bila Jho Low meninggalk­an Macau. Tugas untuk menjejakny­a amat sukar kerana dia disyaki menggunaka­n beberapa pasport,” katanya.

Sepanjang minggu lalu, South China Morning Post melaporkan Jho Low tinggal bersama keluarga dan teman rapat di apartmen mewah di kawasan pembanguna­n kelas atasan Pacific Place, Hong Kong.

Polis tempatan Hong Kong difahamkan tidak bertindak terhadap waran notis merah INTERPOL yang dikeluarka­n terhadap Jho Low. Ia disebabkan di bawah peraturan antarabang­sa, polis Hong Kong tidak diwajibkan untuk melaksanak­an waran notis merah itu jika mereka tidak menerima permohonan secara terus dari negara yang berkait dengan notis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia