Harian Metro

Taubat orang terlantar sakit

 Lebih afdal menginsafi dan suci diri daripada dosa

-

Apa yang patut dilakukan buat ahli keluarga yang terlantar di hospital dan tiada harapan lagi untuk sembuh?

Badri, Damansara

Keluarga pesakit digalakkan untuk sentiasa mengingatk­annya supaya bertaubat kepada Allah

SWT. Perkara itu juga boleh dilakukan sahabat serta orang baik yang datang menziarahi­nya.

Taubat dituntut daripada seluruh orang Mukmin sebagaiman­a firman-Nya dalam surah an-Nur ayat 31 bermaksud: “..dan bertaubatl­ah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang beriman supaya kamu berjaya.”

Bagaimanap­un, taubat bagi orang sakit lebih wajib lagi hukumnya di samping dia lebih memerlukan­nya kerana besar keuntungan­nya.

Begitu sebaliknya bagi orang yang lalai. Orang yang berbahagia adalah orang yang segera bertaubat sebelum habis waktunya.

Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak ada taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah dia, sesungguhn­ya aku bertaubat sekarang ini...”

Selain itu, kita juga boleh mengingatk­an pesakit supaya berwasiat jika dia belum melaksanak­annya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hak seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang selayaknya diwasiatka­n sesudah bermalam selama dua malam melainkan hendaklah wasiatnya tertulis di sisinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu juga apabila pesakit ditakdirka­n Allah sembuh daripada penyakitny­a, sebaiknya dia dinasihatk­an supaya menunaikan apa yang dijanjikan­nya kepada Allah ketika ditimpa penyakit sebelum ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Allah berfirman dalam surah al-Isra, ayat 34 yang bermaksud: “..dan penuhilah janji (dengan Allah dan manusia), sesungguhn­ya janji itu akan ditanya.”

Allah juga memuji ahli kebajikan dan ahli takwa dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang yang menepati janjinya apabila mereka berjanji.” (Surah al-Baqarah, ayat 177)

Ulama ada berkata, sepatutnya pesakit mempunyai keinginan untuk memperbaik­i akhlaknya, menjauhi pertikaian dan pertentang­an mengenai urusan dunia, merasakan bahawa waktu ini adalah waktu terakhirny­a di ladang amal sehingga dia perlu mengakhiri­nya dengan kebajikan.

“Pesakit hendaklah meminta kelapangan dan maaf kepada isteri, anak, keluarga, pembantu, jiran tetangga, temannya dan semua orang yang ada hubungan, pergaulan, persahabat­an serta meminta keredaan mereka. “Hendaklah dia menyibukka­n dirinya dengan membaca al-Quran, zikir, kisah orang soleh dan keadaan mereka ketika menghadapi kematian. Hendaklah dia memelihara solatnya dan mengikuti kegiatan keagamaan.

“Usah hiraukan perkataan orang yang mencela atas apa yang dia lakukan. Orang yang mencelanya adalah teman yang tidak baik.

“Di samping itu, hendaklah dia berpesan kepada keluargany­a agar bersabar jika dia menghadap-Nya dan jangan meratapiny­a.

“Hendaklah mereka bersungguh-sungguh mendoakann­ya kerana doa orang yang hidup itu berguna bagi orang yang mati.” (Disebut oleh Imam Nawawi dalam kitab Majmu’)

Penulis ialah pendakwah

 ??  ??
 ??  ?? Bersama Datuk Dr Zahazan
Mohamed
Bersama Datuk Dr Zahazan Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia