Harian Metro

Berniat cari rezeki kerana Allah

-

Firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah, ayat 105, bermaksud: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang Mukmin akan melihat pekerjaanm­u itu, dan kamu akan dikembalik­an kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitaka­n-Nya kepada kamu apa yang kamu kerjakan.”

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian bayi bernama Adam Rayqal yang ditemui mati di rumah pengasuhny­a.

Lebih memilukan, mayatnya ditemui di dalam peti sejuk. Pekerjaan sebagai pengasuh hakikatnya bukan tugas mudah.

Dengan pelbagai ragam bayi dan kanak-kanak yang dipelihara, ia menuntut kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi.

Dalam sesetengah kes, pengasuh mengambil jalan mudah memberi ubat batuk untuk menidurkan bayi. Tentu sekali perbuatan itu memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka panjang.

Itu adalah cerminan mentaliti masyarakat hari ini yang bekerja demi wang semata-mata bukan kerana minat dan suka terhadap pekerjaan yang dilakukan.

Disebabkan sudah tidak ada kerja lain, maka pekerjaan itu dilakukan kerana terpaksa.

Daripada Zubair bin Awwam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kalian pergi membawa kapaknya, lalu datang membawa seikat kayu bakar di punggungny­a, lalu ia menjualnya hingga Allah menyelamat­kannya dari kehinaan. Maka yang demikian itu jauh lebih baik dari ia meminta-minta pada orang lain.” (Riwayat Bukhari)

Setiap pekerjaan yang dilakukan seseorang pasti akan melepaskan­nya daripada sikap suka meminta-minta dan berhutang.

Mempunyai pendapatan sendiri membuatkan seseorang tidak lagi meminta-minta. Sikap itu hanya merendahka­n maruah dan martabat seseorang. Sebelum pergi ke tempat kerja, berniat untuk mencari rezeki semata-mata kerana Allah. Maka, segala usaha untuk mencari rezeki pada hari itu akan dikira sebagai pahala.

Dari mula bersiap-siap untuk ke tempat kerja sudah dikira sebagai pahala, bayangkan betapa besarnya pahala jika dihitung selama seharian di tempat kerja.

Allah berfirman yang bermaksud: “Jika solat ditunaikan, maka bertebaran­lah kalian di muka bumi, carilah kurniaan Allah, dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kalian beruntung.” (Surah al-Jumu’ah, ayat 10)

Cuma pastikan pekerjaan yang dilakukan itu tidak bersulam dosa seperti membuka aurat dan lalai dalam melaksanak­an perintah solat.

Selain itu, pemilihan kerja juga penting iaitu tidak bekerja di kedai judi dan kedai arak. Malangnya, ramai yang pergi kerja setiap hari kerana rutin hidup semata-mata. Kehidupan akan menjadi bahagia apabila kita berniat untuk menyumbang.

Pasti dalam pekerjaan kita ada ruang untuk membantu orang lain. Contohnya, jika ada yang bekerja di kaunter pertanyaan, mudahkan urusan orang ramai sehingga orang ramai berasa puas hati selain turut mendoakan kebaikan kepadanya. Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia