Harian Metro

Salur kepada madrasah berdaftar

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@nstp.com.my

 Tabung Madrasah Impianku diwujudkan Econsave, MyCARE dan PINTA berjaya kumpul RM500,000

Tabung Madrasah Impianku yang diwujudkan oleh Pasaraya Econsave Cash And Carry dengan kerjasama Humanitari­an Care Malaysia Berhad (MyCARE) dan Persatuan Intitusi Tahfiz Al Quran Negeri Johor (PINTA) tiga bulan lalu berjaya mengumpul RM500,000.

Pengurus Operasi Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam berkata, pada peringkat pertama, kutipan dana berkenaan akan disalurkan kepada madrasah yang berdaftar di bawah PINTA di seluruh negeri Johor.

Katanya, setiap madrasah berkenaan dijangka disalurkan kira-kira RM10,000 bertujuan memperting­katkan ciri keselamata­n, sekaligus mencegah risiko ancaman kebakaran di madrasah.

“Ia termasuk melengkapi madrasah berkenaan dengan alat pengesan kebocoran gas, asap serta alat pemadam api serta alat pemadam kebakaran bersesuaia­n mengikut keluasan sesebuah bangunan madrasah.

“Kutipan seumpama ini diadakan kali pertama selepas perbincang­an diadakan antara MyCARE, PINTA serta Econsave. Ia bertujuan memperting­katkan keselamata­n di madrasah serta mengelakka­n kejadian tidak diingini berlaku.

“Kami mengambil kira kejadian bencana seperti kebakaran di madrasah berulang hampir setiap tahun di seluruh negara hingga pernah meragut nyawa termasuk murid dan pelajar madrasah.

“Antara kaedah pencegahan perkara ini berlaku secara berterusan adalah melengkapi peralatan bersesuaia­n di madrasah,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Tabung Madrasah Impianku oleh Menteri Pertanian dan

Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Mas Imran berkata, kutipan dana dilakukan di 70 cawangan Pasaraya Econsave di seluruh negara dan ia menerima sambutan baik dalam kalangan pelbagai lapisan pelanggan pasar raya berkenaan.

Katanya, pengagihan dana peringkat kedua akan membabitka­n madrasah di luar Johor.

“Kami difahamkan sesetengah madrasah masih gagal memenuhi piawaian keselamata­n ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana kekurangan dana.

“Apabila kami menjalanka­n usaha kutipan dana, kebanyakan pengurusan madrasah turut menunjukka­n reaksi positif serta mengalu-alukannya,” katanya.

Kata Mas Imran, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatka­n nasihat berkaitan pembelian peralatan pencegahan kebakaran yang bersesuaia­n dalam tempoh masa terdekat.

“Kutipan dana bagi tabung Madrasah Impianku masih diteruskan dan orang ramai turut boleh menyalurka­n sumbangan menerusi Humanitari­an

Care Malaysia Berhad di Maybank Islamic Bhd (5515 7500 4299) atau hubungi talian 019-3394225 bagi maklumat lanjut,” katanya.

 ??  ?? SALAHUDDIN (depan, tengah) bersama Mas Imran (dua dari kanan) pada pelancaran program Madrasah Impianku di Johor Bahru.
SALAHUDDIN (depan, tengah) bersama Mas Imran (dua dari kanan) pada pelancaran program Madrasah Impianku di Johor Bahru.
 ??  ??
 ??  ?? PENGHUNI Madrasah Arrayyan yang hadir pada Majlis Pelancaran Tabung Madrasah Impianku.
PENGHUNI Madrasah Arrayyan yang hadir pada Majlis Pelancaran Tabung Madrasah Impianku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia