Harian Metro

Cadangan tutup tahfiz tak berasas

-

Sabak Bernam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak akan membiarkan sebarang usaha pihak tertentu menutup institusi tahfiz yang beroperasi di negeri ini.

Pengerusin­ya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, cadangan menutup pusat tahfiz dilihat tidak berasas, apatah lagi ditimbulka­n individu beragama Islam.

“Seperti sedia maklum, pusat tahfiz memainkan peranan dalam melahirkan hufaz dan dalam masa sama memastikan al-Quran terus subur dan diperkasa dalam kalangan masyarakat Islam.

“Kita akui ada beberapa masalah mengenai pusat tahfiz di negeri ini yang tidak berdaftar, tetapi perkara ini akan diatasi,” katanya selepas Majlis Hari Kecemerlan­gan Pelatih Baitul Ehsan, Bahagian Pemulihan Al Riqab MAIS di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama kerajaan negeri komited memperjuan­gkan institusi tahfiz di Selangor secara berterusan.

“Kita bercadang memperluas­kan lagi maahad tahfiz sains dan teknologi di seluruh daerah negeri ini.

“Pusat ini bukan sekadar tahfiz, tetapi menjadi pusat maahad yang beraliran profesiona­l dan akan melahirkan lebih ramai golongan profesiona­l seperti doktor dan jurutera,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini, empat institusi tahfiz sains sudah ditubuhkan bawah kerajaan negeri dan sebuah lagi dalam pembinaan di Pandan.

“Kita turut bercadang membina sebuah maahad tahfiz antarabang­sa pertama di negeri ini di Seksyen 7, Shah Alam.

“Maahad ini masih pada peringkat perancanga­n. Ia akan dibina melalui sumbangan wakaf dan sudah diwakafkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Kos perbelanja­an pembanguna­n dikongsi kerajaan negeri dan syarikat swasta manakala pembinaan dijangka bermula tahun depan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMMED Khusrin menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pelatih, semalam.
MOHAMMED Khusrin menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada pelatih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia