Harian Metro

Lagi aksi tak senonoh

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

 Pelancong wanita buat akrobatik di hadapan masjid UMS

Lagi kes perlakuan tidak senonoh membabitka­n pelancong asing wanita di depan masjid. Kali ini ia berlaku di depan Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, apabila seorang pelancong wanita bergambar dengan aksi ala akrobatik iaitu kedua-dua kaki ke atas dan kepala di bawah, hingga perlakuan tidak senonoh itu viral di media sosial.

Insiden terbaru itu berlaku kurang tiga minggu selepas dua pelancong warga China berkelakua­n tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di atas tembok pagar Masjid Bandaraya Kota Kinabalu hingga pengurusan masjid melarang sementara kemasukan pelancong ke rumah ibadat terbabit.

Mengulas mengenai insiden di depan Masjid UMS, Timbalan Pengarah (Komunikasi Korporat) Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat UMS Talib Abdullah Shani berkata, pengurusan universiti melakukan pemantauan dengan teliti.

“Akibat tingkah laku kurang sesuai sebahagian kecil pelancong di UMS yang kini tular di media sosial, pengurusan universiti memantau dengan lebih teliti perkara ini.

“Pengurusan universiti positif peningkata­n jumlah pelancong luar ke universiti adalah sesuatu yang berfaedah.

“Untuk itu, pengurusan universiti mengetatka­n sistem kawalan keselamata­n dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) pengurusan pelawat di Masjid UMS yang sedia ada,” katanya menerusi kenyataan, semalam. Pada 27 Jun lalu, dua pelancong China, Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, kedua-duanya guru tarian masing-masing didenda RM25 selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakua­n tidak sopan di kawasan awam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di atas tembok pagar masjid berkenaan pada 4.30 petang, 23 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia