Harian Metro

Tiga sekolah tutup 10 hari

-

Georgetown: Tiga sekolah yang diarahkan ditutup berikutan penularan wabak penyakit, tangan, kaki dan mulut (HFMD) hanya membabitka­n tahun satu hingga tiga.

Penutupan selama 10 hari itu selaras dengan arahan Jabatan Kesihatan Negeri yang mahu pembersiha­n di sekolah yang terbabit kes HFMD dijalankan bagi mengelak penularan dalam kalangan murid.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Mohd Jamil Mohamed berkata, menerusi laporan yang diterima, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Sun ditutup sepenuhnya apabila tiga murid dikesan menghidap penyakit berkenaan.

Menurutnya, SJKC Phor Tay pula yang sebelum ini diarahkan menutup enam kelas membabitka­n tahun satu hingga tiga sejak 7 Julai lalu, kini ditutup sepenuhnya bermula kelmarin.

Katanya, langkah berkenaan diambil berikutan jumlah murid dijangkiti HFMD mencecah 11 kes di daerah Timur Laut membabitka­n SJKC Phoy Tay, SJKC Shih Chung (Cawangan) (enam kes) dan Sekolah Antarabang­sa Tenby yang ditutup sejak Selasa lalu.

“Murid di sekolah yang ditutup berikutan wabak itu tidak perlu menggantik­an sesi persekolah­an mereka.

” Bergantung kepada budi bicara, semua guru dan murid yang terbabit perlu memastikan pengajaran dan pembelajar­an mereka dapat diselesaik­an dalam tempoh sesi persekolah­an tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Wan Mansor Hamzah berkata, SJKC Chung San masih di peringkat pemeriksaa­n dan turut diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga akibat penularan HFMD.

Katanya, sehingga semalam sebanyak 1,679 kes HFMD dilapor di Pulau Pinang sejak Januari dan kelmarin, seorang lagi kanak-kanak dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menerima rawatan.

“Ia menjadikan dua pesakit di hospital berkenaan dan dua lagi masih di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Sehingga kini, sebanyak 65 fasiliti ditutup sejak Januari hingga semalam (kelmarin) termasuk 20 fasiliti membabitka­n 13 taska, empat sekolah termasuk sekolah antarabang­sa, dua tadika dan satu pusat jagaan ditutup 10 hari bagi proses pembersiha­n berikutan terdapat jangkitan HFMD di premis terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia