Harian Metro

KAWAN CETUS SEMANGAT

- Mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Apabila melihat kemunculan semula rakanrakan yang sama era membuatkan penyanyi, Farawahida kembali bersemanga­t untuk turut serta.

Menurutnya, dia juga sudah ada bahan untuk single solonya, namun belum dirakamkan

“Apabila melihat rakan seperjuang­an seperti Misha Omar, Siti Sarah dan ramai lagi mula keluar dengan single baru, saya pun terpanggil untuk melakukan perkara sama dan kembali bersemanga­t.

“Kali terakhir saya hadir dengan single solo pada 2011 menerusi lagu Jangan

Tanya Aku Lagi dan tahun lalu, ada single duet bersama Datin Alyah menerusi lagu Mengapa Harus Aku,” katanya.

Farawahida berkata, ramai juga yang menganggap dia sudah tidak aktif menyanyi.

“Ada juga beberapa individu yang bertanya sama ada saya sudah bersara. Sebenarnya saya masih lagi aktif dan Alhamdulil­lah masih menerima tawaran untuk membuat persembaha­n di pelbagai acara,” katanya Kemunculan Zara Zya menerusi drama Love You Mr Arrogant bersama Azlee Khairi pada 2013 berjaya mencetuska­n fenomena dan menaikkan namanya.

Terbaru, pelakon bernama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 33, ini kembali menjadi sebutan apabila membintang­i drama Mona Lisa yang baru tamat tayanganny­a di saluran Astro.

Menilai kepada populariti semasa yang dikecapiny­a sekarang,

Zara disambar pula untuk membintang­i drama Secangkir Kopi yang menggandin­gkannya dengan Izzue Islam.

Drama arahan Faliq Sharif yang bakal menemui peminat menerusi slot tonton Original Series:

Kopi pada September nanti menampilka­n isu panas skandal pasangan yang masing-masing sudah berkahwin.

Tentunya ia bukan perkara yang diinginkan dalam sesebuah perkahwina­n tetapi ini realiti yang sering terjadi dalam masyarakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia