Harian Metro

Teruja watak secangkir kopi

- DARI MUKA R29

Ditemui di lokasi penggambar­an, kedua-dua pelakon hebat ini ternyata teruja dengan watak yang diberikan.

Biarpun masih solo,

Zara jelas tidak mahu berkrompom­i terhadap perkara yang menyalahi norma kemanusiaa­n ini.

“Ini berkaitan skandal yang berlaku di pejabat membabitka­n pasangan yang sudah berkahwin.

Ia satu perkara yang tak sihat dan kalau boleh perlu dielakkan setiap pasangan berkahwin. Kami hanya melakonkan watak bagi memberi pengajaran kepada masyarakat,” katanya.

Menurut Zara, mereka memikul tanggungja­wab besar melakonkan watak yang diberikan.

“Saya tertarik membintang­i Secangkir

Kopi kerana ceritanya padat. Skripnya menarik dan boleh memikat penonton biarpun hanya ditayangka­n selama 10 minit.

“Ini watak skandal pertama yang saya buat. Penyampaia­n ceritanya pun secara langsung tanpa belokbelok dan penamatnya nanti memberikan satu teladan buat kita.

“Kami tak perlu tukar dialognya dan hanya buat apa yang disuruh,” katanya.

Menilai kepada profilnya, lakonan untuk drama bersiri seakan-akan menjadi makanan buat Zara meraih populariti seperti yang dibuktikan­nya menerusi drama Love You Mr Arrogant dan Mona Lisa.

Dia bagaimanap­un tidak mendabik dada kerana menganggap itu rezekinya.

“Saya beruntung kerana sering mendapat naskhah, pengarah, kru dan barisan pelakon terbaik yang menjadi penyumbang kejayaan sesebuah drama.

“Saya sebenarnya tak pernah pilih watak. Kalau diikutkan Mona Lisa adalah percubaan pertama saya berlakon drama siri yang panjang.

“Sebelum ini saya tolak tawaran begini kerana takut nak terbabit dalam komitmen yang agak lama. Bagi saya

selama tiga bulan pun sudah panjang, apatah lagi untuk Mona Lisa yang memakan masa lapan bulan,” katanya.

Zara berkata, dia kini seronok berlakon drama episod yang panjang kerana banyak kebaikanny­a, antaranya pendapatan yang stabil setiap bulan.

“Saya tak perlu pening kepala fikir tawaran berlakon dan komitmen lain. Tapi untuk sementara waktu, saya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia