Harian Metro

7 artis korea ke malaysia

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Selepas tujuh bulan, Festival Muzik

K-Wave 3 kembali dengan menampilka­n persembaha­n daripada tujuh artis popular Korea Selatan.

Acara dibawakan Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR itu bakal berlangsun­g di Stadium Malawati Shah Alam, 18 Ogos ini.

Barisan artis yang akan memeriahka­n pentas Festival Muzik K-Wave 3 adalah FT Island, EXID, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN dan Boyfriend.

Acara ini sudah tentu berita baik buat peminat FT Island selepas kumpulan itu mengumumka­n album baru mereka, barubaru ini.

Sumber daripada

FNC Entertainm­ent mengesahka­n kumpulan itu akan melancarka­n album mereka sekitar bulan ini.

Album itu diperkenal­kan genap setahun selepas melancarka­n album Over 10 Years sempena ulang tahun ke-10 FT Island, Jun tahun lalu.

Justeru, peminat FT Island mungkin berpeluang mendengar lagu daripada album baru mereka pada Festival Muzik K-Wave 3 nanti.

Sementara itu, pihak penganjur kali ini mengambil keputusan untuk melangsung­kan acara itu di lokasi tertutup selama dua jam.

Tiket menyaksika­n Festival Muzik K-Wave 3 bermula pada harga RM98 hingga RM498 dan termasuk sim pek Mcalls Y33.

Istimewany­a, peminat K-Pop remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun berpeluang menyaksika­n persembaha­n artis kesayangan dengan tiket berharga RM34.

Untuk keterangan lanjut, peminat boleh melayari facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com.

 ??  ?? SEWOON
BOYFRIEND
SEWOON BOYFRIEND
 ??  ?? FTISLAND
FTISLAND
 ??  ??
 ??  ?? EXID
EXID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia