Harian Metro

KL-4 SUBURKAN LADANG

-

Penggunaaa­n KL Green pam (KL-4) adalah pam air yang menggunaka­n kuasa tujahan air manakala KL solar pam iaitu pam air dengan menggunaka­n solar termasuk penggunaan jentera Shakerator.

Projek yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu berjaya membekalka­n sumber bekalan air membabitka­n keluasan 1,965.32 hektar ladang membabitka­n empat blok iaitu blok A, B, C dan D di Estet Koperasi Ladang Sungai Ambat, Mersing, Johor.

Menurut Setiausaha KLPKM, Mohd Damanhuri Mohd Jamli, sebanyak 18 unit pam dan empat solar pam dipasang di kawasan ladang berkenaan bagi memantapka­n sistem pengairan bersepadu.

Beliau berkata, harga bagi satu unit pam KL-4 ialah RM10,000 sementara KL solar pam pula RM8,000 mampu mengepam air hingga dapat menyalurka­n air di puncak bukit.

“Kawasan ladang terdiri daripada 30 peratus kawasan beralun sementara 70 peratus permukaan tanah yang berbukit. Air adalah penyumbang utama terbesar untuk peningkata­n hasil tanaman kelapa sawit.

“Kelebihan utama pam berkenaan direka khusus menggunaka­n tenaga graviti. Pam ini beroperasi dan digerakkan kuasa tujahan air daripada sesuatu ketinggian yang diperlukan.

“Lokasi pemasangan mestilah strategik dan mempunyai kecerunan yang cukup,” katanya yang ditemui sempena lawatan rakan niaga FGV Holdings Berhad (FGV) di KLPKM Sungai Ambat, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar KLPKM, Mohd

Tarmizi Mohd Nordin, Ahli Lembaga Pengarah KLPKM, Mohd Syahrullai­zam Mohamad Aris dan Pengurus Perladanga­n KLPKM, Samsudin Saat.

Mohd Damanhuri berkata, pihaknya mengambil inisiatif itu bagi menangani kos operasi kerana ia tidak menggunaka­n tenaga elektrik, motor atau bahan bakar yang diperlukan untuk operasi pam ini.

“Sistem pengairan bersepadu turut menggunaka­n jentera Shakerator untuk kawasan rata dan beralun yang mempunyai akses jentera memasuki kawasan berkenaan serta pembinaan lubang kecil untuk memerangka­p air hujan.

“Bagi kawasan yang mempunyai kecerunan, kami menggunaka­n pam air KL-4 untuk mengepam air ke puncak bukit dan dialirkan secara graviti.

“Kawasan yang tidak mempunyai kecerunan pula, KLPKM menggunaka­n KL solar pam. Ia mampu beroperasi lapan jam tanpa henti dan menjadikan­nya amat berbeza dengan pam lain yang terdapat di

 ??  ?? JENTERA Shakerator digunakan untuk kawasan rata dan
beralun.
JENTERA Shakerator digunakan untuk kawasan rata dan beralun.
 ??  ?? RAKAN niaga FGV tertarik melihat dron yang digunakan KLPKM dalam melakukan aktiviti ladang.
RAKAN niaga FGV tertarik melihat dron yang digunakan KLPKM dalam melakukan aktiviti ladang.
 ??  ?? ANTARA input pertanian yang dijual KLPKM.
ANTARA input pertanian yang dijual KLPKM.
 ??  ?? MOHD Tarmizi
MOHD Tarmizi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia