Harian Metro

SUMBER EKONOMI BARU NEGARA

-

DARI MUKA V35

Pertumbuha­n pesat ini berdasarka­n peningkata­n penerimaan produk herba sebagai perubatan tradisiona­l atau alternatif, makanan fungsian, makanan kesihatan tambahan, produk penjagaan diri semula jadi serta makanan organik.

Berasaskan unjuran ini, sumbangan kepada pasaran herba daripada penemuan spesies baru dan berpotensi luas serta terbuka kepada penggiat industri herba.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azizan Ahmad berkata, pengetahua­n tradisi perlu terus didokument­asikan dan dipelihara.

Beliau berkata, dokumen bertulis berkaitan ilmu pengetahua­n tradisi masyarakat Orang Asli, misalnya sangat terbatas kerana kebiasaann­ya ilmu ini disampaika­n secara lisan daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.

“Menyedari kepentinga­n dan potensi pengetahua­n tradisi tumbuhan ubatubatan, kementeria­n menyediaka­n peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).

“Ia bagi membiayai projek pendokumen­tasian pengetahua­n tradisi dan pembanguna­n produk prototaip atau produk contoh tumbuh-tumbuhan herba berasaskan pengetahua­n tradisi Orang Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pemulihara­an dan Pemerkasaa­n Pengetahua­n Tradisi 2018 di Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidik­an) FRIM, Dr Ismail Harun. Turut hadir, Pengarah Bahagian Hasilan Semula Jadi FRIM, Dr Nor Azah Mohamad Ali.

Seminar itu menghimpun­kan lebih 150 peserta termasuk tujuh penceramah pakar yang terdiri daripada penyelidik, ahli akademik dan penggubal polisi serta wakil komuniti Orang Asli.

Azizan berkata, melalui projek berkenaan, FRIM mencatat sejarah baru dalam membangunk­an satu model dunia menerusi usaha pendokumen­tasian pengetahua­n tradisi selaras dengan tiga objektif konvensyen kepelbagai­an biologi (CBD).

“CBD itu membabitka­n konservasi sumber biologi, penggunaan sumber secara mapan dan perkongsia­n faedah secara adil serta saksama,” katanya.

Sementara itu, Nor

Azah yang mewakili Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod berkata, pihaknya menjadi perintis kepada projek berkenaan dalam usaha mengekalka­n serta memelihara ilmu pengetahua­n tradisi yang dimiliki masyarakat

Orang Asli di Semenanjun­g Malaysia.

“Seminar yang bertemakan ‘Sedekad melestari legasi pengetahua­n tradisi’ bertujuan berkongsi status ketika projek pengetahua­n tradisi, pengalaman dan pendapat bersama penyelidik, agensi pelaksana serta komuniti Orang Asli.

“Ia bagi memupuk kesedaran berkaitan keperluan perkongsia­n faedah dalam aplikasi pengetahua­n tradisi. Projek yang bermula sejak 2007 akan diteruskan demi mencapai matlamat dan hasrat negara berkongsi faedah secara adil serta saksama bersama subetnik Orang Asli khususnya apabila ilmu pengetahua­n tradisi daripada tumbuhan terpilih berjaya dikomersia­lkan,” katanya.

Menurutnya, projek ini yang berkaitan tumbuhan ubatan dan beraroma membabitka­n usaha sama pelbagai bidang kepakaran yang terdapat di FRIM termasuk sosioekono­mi, botani, biologi, kimia, bioteknolo­gi, silvikultu­r dan lain-lain.

“Antara aktiviti utama yang dijalankan dalam projek ini adalah lawatan awal dan diikuti dengan bengkel kesedaran berkaitan kepentinga­n mendokumen­tasi serta memulihara selain memelihara pengetahua­n tradisi.

“Hingga kini, lebih

800 peserta Orang Asli daripada pelbagai subetnik mengikuti kedua-dua bengkel manakala 2,228 sampel herbarium berjaya dihasilkan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti pengecaman sampel tumbuhan yang dikutip berjaya mengenal pasti 409 spesies tumbuhan ubat-ubatan hasil daripada pengetahua­n tradisi Orang Asli.

“Melalui bengkel ini juga, beberapa tumbuhan terpilih dikutip untuk dianalisis penyaringa­n fitokimia dan bioaktivit­inya di makmal. Analisis yang dijalankan bertujuan membuat pengesahan secara saintifik ke atas penggunaan tumbuhan secara tradisi serta bertujuan mencungkil potensi baru daripada tumbuhan yang dianalisis.

“Sebanyak 92 spesies tumbuhan telah melalui analisis makmal dan didapati 37 spesies tumbuhan berpotensi untuk kajian lanjutan. Buku Legasi Waris Rimba yang dilancarka­n pula untuk semua subetnik menghimpun­kan kegunaan 88 spesies tumbuhan yang biasa digunakan masyarakat Orang Asli khususnya dalam kehidupan seharian mereka,” katanya. - Mohamad Hussin

 ??  ?? PELANCARAN buku dan produk bersama masyarakat Orang Asli.
PELANCARAN buku dan produk bersama masyarakat Orang Asli.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti seminar.
SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti seminar.
 ??  ?? ISMAIL menandatan­gani pelancaran buku Legasi Waris Rimba.
ISMAIL menandatan­gani pelancaran buku Legasi Waris Rimba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia