Harian Metro

Tingkat daya saing industri getah negara

-

Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Setiausaha Kementeria­n Industri Utama, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor.

Teresa berkata, berdasarka­n kajian LGM, sejumlah 4.2 tan getah ‘cuplump’ diperlukan untuk turapan setiap satu kilometer (km) jalan raya, sekali gus dapat meningkatk­an permintaan getah asli, membantu menstabilk­an harga getah dan meningkatk­an pendapatan pekebun kecil serta penoreh getah.

“Dalam era globalisas­i dan liberalisa­si perdaganga­n yang pesat, salah satu cabaran yang dihadapi sektor komoditi kita ialah bagaimana untuk meningkatk­an daya saing sektor ini.

“Dalam hal ini, saya ingin menekankan bahawa usaha dan langkah bagi meningkatk­an daya saing sektor ini hendaklah dilaksanak­an pada keseluruha­n rantaian nilai meliputi peringkat aktiviti huluan serta juga hiliran.

“Di peringkat huluan yang perlu diberi perhatian ialah keperluan meningkatk­an produktivi­ti dan kecekapan serta mengurangk­an kos pengeluara­n,” katanya.

Menurutnya, peningkata­n produktivi­ti harus dijalankan secara berterusan melalui pengeluara­n bahan tanaman berkualiti. Memandangk­an keluasan tanah pertanian negara adalah terhad, langkah ini tentu sekali akan dapat menambahka­n hasil pengeluara­n.

“Satu lagi masalah yang dihadapi industri getah Malaysia ialah kekurangan tenaga kerja terutama dalam kalangan generasi muda. Saya menyeru penggiat industri sektor huluan dan hiliran supaya meningkatk­an tahap mekanisasi dan automasi pengeluara­n getah.

“Selain aktiviti nilai tambah dan pembanguna­n produk baru, kita juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga kerja asing.

“Bagi meningkatk­an daya saing, produk yang dikeluarka­n haruslah inovatif, kompetitif dan berorienta­sikan pasaran global. Industri getah juga hendaklah dinamik dan progresif,” katanya.

Katanya, ia sentiasa berusaha meningkatk­an keupayaan dan kemampuann­ya bagi menjamin hasil produk memenuhi cita rasa, keperluan dan permintaan pengguna sama ada di pasaran domestik mahupun antarabang­sa.

Kerajaan beri perhatian tahap produktivi­ti, kurangkan kos pengeluara­n

 ??  ?? TERESA dan Shamsul Iskandar melihat produk keluaran Latex.
TERESA dan Shamsul Iskandar melihat produk keluaran Latex.
 ??  ?? PESERTA persidanga­n beramah mesra dengan Teresa
dan Shamsul Iskandar.
PESERTA persidanga­n beramah mesra dengan Teresa dan Shamsul Iskandar.
 ??  ?? PAMERAN yang disediakan.
PAMERAN yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia