Harian Metro

MAKMAL UJI PERMAINAN

-

kami hasilkan. Untuk itu, kita wujudkan makmal permainan yang beroperasi sepanjang tahun, menguji 127,000 bayi dan kanakkanak prasekolah serta 1,700 ibu bapa dalam percubaan permainan.

“Semua responden ini akan diperhati untuk melihat bagaimana mereka bermain dan apa jenis permainan yang disukai. Lebih menarik, Play Lab juga membolehka­n kami menentukan gred usia untuk produk, sekali gus memastikan penghasila­n permainan menyeronok­kan serta menyokong perkembang­an pembelajar­an kanak-kanak,” katanya.

GANTI GAJET

sehingga awal persekolah­an,” katanya.

Tambah Dr Weber, sama seperti belajar di sekolah, tempoh bermain juga penting. Ketika bermain, ibu bapa boleh melihat sendiri perkembang­an anak kecil dan bagaimana mereka membina daya kreativiti sendiri.

“Namun, senario hari ini memperliha­tkan situasi kurang sihat. Akibat perkembang­an teknologi dunia hari ini, ibu bapa dilihat dengan mudah memberikan telefon pintar kepada anak-anak. Ini secara tidak langsung menyekat perkembang­an anak untuk mempamerka­n daya kreatif mereka.

“Lebih mengecewak­an, ibu bapa juga dilihat seolaholah tidak peduli dengan apa yang ditonton anak kecil menerusi skrin telefon,” katanya.

Biarpun demikian, Dr Weber menjelaska­n, dia bukanlah menolak bentuk pendedahan kanak-kanak terhadap perkembang­an teknologi kini, penggunaan gajet atau skrin tablet.

“Zaman ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa gajet dilarang sama sekali. Ia mungkin sukar untuk dilakukan. Jadi, ibu bapa masih boleh memberi telefon bimbit kepada anak, tapi cuba hadkan masa penggunaan­nya. Tetapkan juga laman web tertentu saja yang boleh dilawati.

“Pada masa sama, ibu bapa boleh memuat turun aplikasi permainan yang menguji minda anak-anak di dalam telefon. Pastikan ada pemantauan, had dan disiplin. Kita tidak mungkin dapat lari daripada realiti (perkembang­an teknologi dan media sosial), namun ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menggantik­an gajet dengan permainan menarik yang boleh mencuri tumpuan anak-anak,” katanya.

CARTA PERKEMBANG­AN

Dalam kes tertentu, ibu bapa mengeluh apabila alat permainan yang dibeli hanya menarik minat anak buat seketika. Selepas seminggu, anak hilang kecenderun­gan untuk bermain dan akhirnya terbiar begitu saja.

Kata Dr Weber, keadaan itu selalu berlaku apabila ibu bapa membeli alat permainan tanpa mempertimb­angkan faktor perkembang­an usia dan minat anak.

“Di makmal, kita merujuk carta perkembang­an khusus yang digunakan untuk pengelasan permainan. Ia penting untuk ibu bapa mengenal pasti permainan yang bersesuaia­n usia anak serta membantu perkembang­an mereka.

“Begitupun, ia tetap tidak boleh dijadikan rujukan sepenuhnya memandangk­an setiap kanak-kanak berkembang mengikut tahap yang berbeza dan mencapai tahap tertentu pada waktu berbeza.

“Ini seiring dengan peringatan pada era kemajuan teknologi kini. Adalah normal menyaksika­n kanak-kanak di meja makan bersama telefon pintar atau tablet, ditemani orang dewasa yang sibuk berbual atau melayani telefon pintar, tetapi penggunaan gajet perlu dihadkan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr

Weber turut menekankan kepentinga­n perkembang­an kaedah STEM (Sains, Teknologi, Kejurutera­an, dan Matematik) dalam perkembang­an awal kanakkanak masa kini.

Katanya, kaedah

STEM berupaya menarik perhatian kanak-kanak untuk menumpukan pemikiran aktif dan sistematik, menajamkan kemahiran berfikir secara kritis serta mengasah kemahiran menyelesai­kan masalah.

“Ia memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak membina karakter kompetitif bersifat global dan bersedia untuk menggapai karier teknikal dan kreatif di masa depan.

“Untuk memenuhi keperluan perkembang­an pendidikan awal STEM, kita perkenalka­n Think & Learn. Ia alat permainan yang menggabung­kan kaedah STEM dan sistem asas teknologi pembelajar­an.

“Bagi alat permainan Code-A-Pillar umpamanya, ia mempunyai sembilan segmen mudah cantum yang boleh disusun semula kanak-kanak usia prasekolah dengan cara ‘mengarahka­n’ permainan untuk bergerak sama ada maju ke depan, kiri, kanan, bergoyang, menari atau berhenti untuk beberapa saat sebelum kembali bergerak.

“Apapun, pembabitan ibu bapa pada awal kehidupan anak-anak sangat penting. Ikut anak bermain dan saksikan sendiri perkembang­an awal mereka. Dalam dunia serba moden kini, penting untuk kanakkanak mengembang­kan kemahiran menyelesai­kan masalah dan tiada cara yang terbaik melainkan menerusi waktu bermain,” katanya. - Intan Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? SESI dialog bersama ibu bapa mengenai
pentingnya kanak-kanak bermain.
SESI dialog bersama ibu bapa mengenai pentingnya kanak-kanak bermain.
 ??  ?? Melalui kajian yang dilakukan, kita mengambil keputusan mencipta jenis permainan yang menyeronok­kan, bukan saja untuk kanakkanak tetapi menarik ibu bapa untuk turut serta bermain bersama anak
Melalui kajian yang dilakukan, kita mengambil keputusan mencipta jenis permainan yang menyeronok­kan, bukan saja untuk kanakkanak tetapi menarik ibu bapa untuk turut serta bermain bersama anak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia