Harian Metro

Tidurlah sayang...

- Siti_nadirah@hmetro.com.my

Tingkah laku anak banyak bergantung kepada cara didikan ibu bapa. Hakikatnya, cara tepat mendidik anak perlu dimulakan seawal usia bayi untuk mencapai tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi, sekali gus bakal melahirkan anak yang cerdas dan cergas.

Bagi mendapatka­n tahap kecerdasan IQ yang tinggi, tidur mencukupi antara elemen paling utama dalam penyediaan dan pembentuka­n rangkaian saraf serta membantu perkembang­an kelakuan dan menggalakk­an bahasa asas selain pertuturan yang cepat.

Perunding Utama Psikologi ChildPsych, Dr Edward Chan berkata, mereka yang mengalami masalah kurang tidur tidak kira pada usia bayi mahupun dewasa menyebabka­n sel dan saraf tidak mampu berehat sepenuhnya.

“Ini mengakibat­kan kerosakan otak pada jangka panjang yang tidak dapat dipulihkan dan masalah berkaitan tahap tumpuan atau pemprosesa­n maklumat.

“Apabila bayi tidak dapat tidur secukupnya, mereka mungkin mengalami masalah membuat keputusan, cara mengatasi masalah, mengawal emosi dan kelakuan serta mengendali perubahan semasa. Kekurangan tidur juga mempunyai kaitan dengan kemurungan yang menjurus kepada bunuh diri dan kelakuan berisiko melampau.

“Anak kecil yang tidak mendapat tidur secukupnya pula lazimnya mudah marah, mengamuk dan bersifat mendadak, mengalami kemurungan, sedih dan tidak mempunyai motivasi diri,” katanya.

Dr Chan berkata, kekurangan tidur juga mungkin menyebabka­n si kecil mengalami masalah kurang fokus, gagal dalam pembelajar­an atau mudah rasa tertekan.

“Selain itu, bayi kurang tidur juga boleh mengalami masalah emosi yang tidak stabil dan penurunan kemampuan untuk mengawal perasaan marahnya.

“Justeru, setiap ibu bapa perlu berusaha memberikan tidur yang cukup kepada si kecil bagi mengelak berlakunya semua kesan negatif dalam pembentuka­n dan tumbesaran minda anak,” katanya.

Menurutnya, selain memastikan bayi mahupun kanakkanak memiliki tidur mencukupi, ibu bapa juga perlu menghormat­i perasaan mereka selain membantu kesedaran diri menggunaka­n alat permainan kegemaran mereka.

“Ibu bapa juga perlu mengatur aktiviti bagi mengenal pasti emosi anak selain mengatur aktiviti untuk membantu mereka mengawal diri.

“Usaha yang dilakukan ibu bapa amat berkesan dalam mempengaru­hi keperibadi­an anak terutama dalam tumbesaran minda dan IQ mereka,” ujarnya.

Antara langkah menggalakk­an bayi atau kanak-kanak tidur awal supaya mereka mendapat tidur mencukupi:

1. Biasakan si kecil masuk ke bilik pada jam 9 malam. Anda boleh mengajak mereka berbual atau cuba bacakan buku cerita bersesuaia­n.

2. Jangan kerap membawa atau membiasaka­n si kecil keluar lewat malam terutama ke tempat tidak sesuai.

3. Disiplinka­n si kecil secara konsisten untuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.

4. Biasakan mereka tidur dalam keadaan gelap bagi mendapatka­n tidur yang nyenyak.

5. Keadaan tempat tidur haruslah tidak terlalu bising dan selesa bagi memberikan ketenangan.

6. Bersihkan badan si kecil terlebih dulu, lap badannya menggunaka­n air suam sebelum menukarkan baju, lakukan urutan ringan menggunaka­n minyak bayi dan pastikan lampin pakai buang mereka masih kering.

7. Boleh juga pasangkan muzik bersesuaia­n secara perlahan di dalam bilik seperti ayat al-Quran atau lagu kanak-kanak.

 ??  ?? KANAK-KANAK atau bayi perlu cukup tidur.
KANAK-KANAK atau bayi perlu cukup tidur.
 ??  ?? ANAK kecil yang tidak dapat waktu tidur yang cukup akan mudah marah dan meragam.
ANAK kecil yang tidak dapat waktu tidur yang cukup akan mudah marah dan meragam.
 ??  ?? IBU bapa perlu mendidik anak dengan langkah terbaik.
IBU bapa perlu mendidik anak dengan langkah terbaik.
 ??  ?? DR Chan
DR Chan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia