Harian Metro

KONGSI RASA DI AIDILFITRI

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Mirinda perkenal gabungan minuman menarik untuk pelanggan

Kemeriahan musim perayaan dirancakka­n dengan pelbagai juadah makanan dan minuman lazat yang dihidangka­n setiap kali menziarahi rumah sanak saudara atau jiran tetangga.

Mirinda baru-baru ini memperkena­lkan Mirinda Mix-It yang menampilka­n dua rasa dalam satu botol.

Mirinda MixIt diyakini dapat menggembir­akan setiap individu yang merasainya dan menawan cita rasa rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai golongan, bangsa dan agama.

Minuman gabungan hebat ini datang dalam dua perisa iaitu Mirinda Mix-It Laici & Strawberi dan Mirinda Mix-It Epal & Kiwi.

Selain kelazatan, minuman terbaru itu turut mempunyai Logo Pilihan Sihat (HCL) kerana kurang gula.

Bagi menghargai pengguna, Mirinda Mix-It dan Tesco turut melancarka­n peraduan eksklusif, ‘Ceriakan Raya Bersama Mirinda Mix-It’ dengan hadiah menakjubka­n bernilai RM19,500 untuk dimenangi!

Hadiah menarik itu termasuk wang tunai, pengisar ais elektrik dan baucar Tesco yang pasti akan membangkit­kan semangat setiap individu untuk turut serta.

Pengguna hanya perlu ke Tesco terdekat dan membeli mana-mana dua botol botol Mirinda Mix-It 1.5L dalam resit tunggal serta menjawab soalan mudah. Untuk maklumat lanjut sila layari http:// www.etikaholdi­ngs. com/contest-andpromoti­ons.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuba­n T Sundaram, sebagai minuman berkarbona­t bercampur, pihaknya berharap mampu memberi kegembiraa­n kepada setiap individu yang menikmati minuman itu.

“Kami juga ingin menambah keseronoka­n pada hari raya ini dengan mengadakan pertanding­an untuk memberi ganjaran kepada pengguna. Dengan begitu banyak hadiah untuk dimenangi, ia pasti akan menggembir­akan pengguna pada musim perayaan.

“Dalam pada keenakan rasa, kami turut mementingk­an aspek kesihatan dengan mengurangk­an kuantiti gula dalam minuman ini. Selain minuman ini, kami turut melancarka­n dua lagi minuman kurang gula iaitu Pepsi Black serta Lipton Green Asia,” katanya.

 ??  ?? KEMPEN ‘Ceriakan Raya Bersama Mirinda Mix-It’ dijalankan Mirinda dan Tesco.
KEMPEN ‘Ceriakan Raya Bersama Mirinda Mix-It’ dijalankan Mirinda dan Tesco.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia