Harian Metro

IZZMAD RAI PEMINAT

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Buat rumah terbuka bertemakan Baju

Raya Eksklusif di Teluk Intan

Bertemakan Rumah Terbuka - Baju Raya Eksklusif, Izzmad Harun,

24, meraikan sanak saudara, kenalan dan peminat dari Perak serta Kedah pada jamuan Aidilfitri di kedai makan milik keluargany­a yang terletak berhampira­n Menara Condong, Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.

Penyanyi dan pelakon itu yang sudah empat tahun berjuang dalam dunia seni tidak pernah berputus asa mengejar impiannya menjadi artis yang disegani ramai.

Lantaran itu, pemilik nama sebenar Mohammad Hazwan Harun ini mengambil kesempatan pada Syawal ini mengundang mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya.

Tema rumah terbuka itu sempena memperkena­lkan lagu Aidilfitri sulung Izzmad berjudul Baju Raya Eksklusif.

Ia turut diangkat sebagai lagu tema telefilem arahan Shuhaimi Lua Abdullah dengan judul sama.

Baju Raya Eksklusif ciptaan dan lirik ilham

Datuk Royce Sa’ayan manakala susunan muzik oleh pemain gitar Rusty Blade, Mohd Noor Hendrix.

Melodi lagu itu pula berkonsepk­an Broadway Blues.

Menurut Izzmad, dia bersyukur kerana sambutan rumah terbukanya lebih meriah berbanding tahun lalu dengan kedatangan saudara-mara dari Kedah.

Lebih manis, rakan artis sanggup datang dari ibu kota melawatnya antaranya Zarina Zainuddin, Qarlam Salim dan Norliza Ismail.

Juadah pula hasil air tangan ibu Izzmad yang mesra dipanggil Mama Ziah dan abangnya, Chef Haziral.

Masing-masing yang datang dengan baju raya pelbagai gaya menjamu selera dengan lebih 20 juadah termasuk lemang dan rendang yang menjadi sajian utama.

“Walaupun jadual kerja agak padat buat masa ini, saya tidak akan membiarkan Syawal berlalu pergi begitu saja tanpa meraikan mereka yang banyak menyokong kerjaya seni saya selama ini.

“Terima kasih kepada keluarga dan pengurus,

Ianz Faris yang memastikan majlis rumah terbuka ini berjalan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Izzmad memberitah­u kini membuat latihan ketahanan fizikal sebagai persediaan menjalani penggambar­an sebuah filem aksi yang akan dimulakan pertengaha­n Ogos ini.

“Saya sudah tidak sabar ke lokasi penggambar­an kerana ia filem pertama lakonan saya dan mahu benar-benar bersedia,” katanya.

Dia juga akan merakamkan beberapa lagu baru selain bakal bercuti ke Medan, Indonesia dalam masa terdekat.

Percutian selama tiga hari itu turut disertai dua pemenang bertuah untuk kempen Makan-makan #jalanini anjuran restoran

137 Cafe & Bistro.

 ??  ?? IZZMAD bergambar kenangan
bersama tetamu yang hadir.
IZZMAD bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir.
 ??  ?? IZZMAD menghiburk­an tetamu rumah terbukanya.
IZZMAD menghiburk­an tetamu rumah terbukanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia