Harian Metro

Aksi PENUH ‘GAYAT’

- Amirul Haswendy Ashari. haswendy@hmetro.com.my

Belum lagi hilang kehangatan aksi lasak Dwayne ‘The Rock’ Johnson melalui filem Rampage dan Jumanji awal tahun ini, bekas ahli gusti profesiona­l itu kembali dengan filem Skyscraper pula.

Filem kali ini menyuntik pelbagai elemen kejutan, antaranya kebakaran di bangunan tertinggi dunia dengan ratusan mangsa terperangk­ap di dalamnya.

Terdapat juga momen menakutkan dan tekanan. Jika penonton takutkan ketinggian atau ‘gayat’, filem ini menambah tekanan.

Pengarahny­a, Rawson Marshall Thurder dalam satu temu bual mengakui dia seorang yang takut dengan ketinggian dan sering mengelak daripada berdiri berdekatan tingkap di bangunan pencakar langit.

“Ibu saya takutkan ketinggian, begitu juga dengan saya. Nampaknya saya sudah menghasilk­an filem yang salah. Mungkin saya patut hasilkan filem mengenai rumah, kebun atau seumpamany­a,” katanya ketawa.

Bercerita mengenai babak aksi di mana Dwayne melompat di ruang antara bangunan yang terbakar dan kren, Rawson akui dia banyak berfikir mengenainy­a. bagaimana anda akan lakukan?” katanya.

Rawson berkata, selepas terperangk­ap dalam persoalan itu, dia mula mendapat idea yang disifatkan cukup mengujakan yang tidak pernah dilihat dalam manamana filem sebelum ini.

Dia berpendapa­t aksi itu dianggap paling sesuai untuk dipaparkan dalam naratif. Kemudian ditambah dengan debaran saat watak Will Sawyer lakonan Dwayne cuba melompat buat kali pertama menggunaka­n cangkuk kren untuk masuk dan tibatiba gagal.

Percubaan keduanya

 ??  ?? DWAYNE dan Neve menjadi pasangan suami isteri.
DWAYNE dan Neve menjadi pasangan suami isteri.
 ??  ?? BELAKANG tabir pembikinan filem Skyscraper.
BELAKANG tabir pembikinan filem Skyscraper.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia