Harian Metro

Perkasa TVET

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 MSU College rangka pelan strategik kebolehpas­aran setiap graduan

MSU College mengamalka­n dasar rangka program pemadanan pekerjaan untuk memastikan kebolehpas­aran graduannya dan mendapat kerja mengikut kemahiran dimiliki.

Usaha berkenaan adalah sebahagian daripada perancanga­n strategik lima tahun MSU College dalam memperkasa­kan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Presiden Kumpulan MSU College dan MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, 50 peratus daripada kursus ditawarkan adalah program TVET manakala sebahagian lagi lebih menjurus kepada bidang akademik.

“Saya bangga dan gembira melihat prestasi graduan MSU College terutama dalam industri yang kini hampir sama dengan kampus utama (MSU), sekali gus meningkatk­an kebolehpas­aran graduan.

“Justeru, memperkasa­kan TVET akan menjadi kunci strategik kepada MSU College dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya pada Majlis Graduasi ke-22, Kumpulan MSU College di Dewan Canselor MSU, Shah Alam, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis iti, Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin.

Beliau berkata, MSU College akan melaksanak­an program mobiliti seperti dilakukan MSU iaitu menggalakk­an penuntut berpindah ke kampus utama atau luar negara.

Majlis konvokesye­n itu membabitka­n 922 graduan iaitu 761 peringkat diploma, manakala 161 lagi peringkat sijil membabitka­n 22 bidang pengajian.

Empat kategori khas kecemerlan­gan turut dianugerah­kan kepada graduan cemerlang iaitu Anugerah Emas Presiden, Anugerah Mohd Shukri Yajid, Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

 ??  ?? MOHD Shukri bergambar bersama graduan selepas Majlis Graduasi ke-22 MSU College di Dewan Canselor MSU.
MOHD Shukri bergambar bersama graduan selepas Majlis Graduasi ke-22 MSU College di Dewan Canselor MSU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia