Harian Metro

Selesai urusan di lokasi nahas

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

Mangsa kemalangan jalan raya tidak lagi perlu ke balai polis untuk membuat laporan dan boleh menyelesai­kan urusan berkaitan di lokasi dengan bantuan disediakan Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Namun, setakat ini unit di bawah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman hanya beroperasi di laluan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Pegawai Turus Siasatan Lebuh Raya Asisten Superinten­dan Md Firdaus Razak berkata, menerusi perkhidmat­an itu mangsa perlu menghubung­i Bilik Gerakan Trafik Bukit Aman di talian 03-2266 3356 atau Pusat Kawalan Trafik Plus 1800880000 bagi memaklumka­n kejadian kepada USLR.

Beliau berkata, menggunaka­n bantuan peralatan mudah alih, pegawai dan anggota USLR boleh menerima serta mencetak laporan polis atau mengeluark­an saman jika mengesan sebarang pelanggara­n peraturan lalu lintas.

“Jadi, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah memandu ke balai polis berkenaan untuk buat laporan, malah urusan berkaitan tuntutan insurans kemalangan menjadi lebih senang.

“Jika sebelum ini mangsa kemalangan perlu ke balai polis, tapi sekarang tak perlu lagi. Kami beroperasi 365 hari setahun di laluan sepanjang 863.7 kilometer itu.

“Berdasarka­n statistik, bagi tempoh 9 Februari hingga 7 Julai saja, kami kendalikan 3,152 kes dengan semua diselesaik­an di lokasi kemalangan,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan pemantauan lalu lintas di Hentian sebelah Nilai arah selatan, di sini, semalam.

Menurutnya, penyelesai­an hal berkaitan dokumentas­i dilakukan terus di lokasi kemalangan dapat mengelakka­n kelewatan atau membantutk­an siasatan sesuatu kes.

Malah, katanya, dalam sesetengah kes ada pihak yang terbabit dalam kemalangan enggan membuat laporan polis menyebabka­n mangsa tidak boleh membuat tuntutan insurans.

Md Firdaus berkata, pihaknya turut melaksanak­an Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan cara

(tanpa kertas) dalam proses melakukan dokumentas­i seperti lakaran dan foto kejadian kemalangan.

“Semuanya direkodkan menerusi sistem bersepadu atas talian. Namun, sekiranya pihak yang berkenaan mahukan salinan, kami cetak dan serahkan kepada mereka. “Sebenarnya USLR aktif sejak 25 Mac tahun lalu namun masih ramai pengguna Lebuhraya PLUS tidak tahu. Jadi, sekiranya berlaku kemalangan, jangan panik atau bertengkar.

“Hanya hubungi bilik gerakan Trafik Bukit Aman atau Pusat Kawalan Trafik Plus dan kami dengan kadar segera USLR akan ke lokasi kejadian.

Beliau memberitah­u satu kajian dijalankan untuk meluaskan lagi perkhidmat­an USLR di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) bagi memudahkan pengguna di laluan itu.

“Perkhidmat­an kami khusus untuk kemalangan ringan, namun unit ini turut kendalikan kemalangan

 Mangsa tidak perlu ke balai polis buat laporan  Urusan dokumentas­i dibantu anggota unit USLR

berat membabitka­n cedera parah atau kematian.

“Apa pun pengguna diminta memandu dan menunggang dengan cermat untuk elakkan kemalangan. Namun malang tidak berbau, jika terbabit juga kemalangan kami segera membantu anda,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia