Harian Metro

Pemandu wanita nyaris disamun tiga penumpang

-

Pemeriksaa­n polis menyelamat­kan seorang pemandu Grab wanita menjadi mangsa samun tiga penumpang selepas mengambil mereka di pusat beli-belah di Kepong di sini, Ahad lalu.

Polis menahan kereta dipandu wanita berusia 30-an itu di Jalan Sultan Abdul Halim di sini, jam 11 pagi dan menemui senjata tajam dibawa penumpang warga asing terbabit.

Pemeriksaa­n terhadap lokasi yang ingin dituju tiga individu terbabit adalah kawasan sunyi selain tidak mempunyai dokumen.

Kejadian itu diceritaka­n mangsa dan tular di laman sosial apabila wanita itu mendakwa selepas mengambil penumpang, dia ditahan polis dan pada mulanya risau jika melakukan kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah

Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, susulan kejadian, pihaknya menahan dua lelaki dan wanita warga Indonesia berusia 15 hingga 30 tahun.

“Sebaik tiba di Jalan Sultan Abdul Halim menghala ke pusat bandar, kereta dipandu wanita itu ditahan tiga anggota polis.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap penumpang, kami mendapati seorang lelaki memiliki pisau,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dokumen terhadap penumpang terbabit mendapati mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Pemandu Grab cedera diserang seorang lelaki di Taman Kesidang di sini, 2 Julai lalu selepas didakwa merogol penumpangn­ya.

Kejadian dikatakan berlaku ketika pemandu berusia 23 tahun itu menghantar isteri lelaki berkenaan pulang dari kerja pada jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad

 ??  ??
 ??  ?? MUNUSAMY
MUNUSAMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia