Harian Metro

Gesa mansuh permit pindah beras

-

Kuala Lumpur: Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB) meminta kerajaan memansuhka­n permit pemindahan beras kerana ia melambatka­n proses pengagihan, sekali gus memungkink­an pengeluar berdepan penalti lebih tinggi.

Pada masa sama, pengeluar beras terkemuka negara jenama Faiza itu turut menggesa kerajaan mengkaji semula kesesuaian kadar rebat jualan di pasar raya yang dianggap terlalu tinggi sehingga membebanka­n syarikat Bumiputera.

Pengasas dan Pengarah Urusannya Datuk Faiza Bawumi Sayed Ahmad berkata, pada masa ini, pemindahan keluar beras dari setiap daerah dikenakan permit yang memerlukan kelulusan kira-kira tiga hari bekerja.

“Contohnya penghantar­an beras dari Johor ke Melaka memerlukan permit. Kelulusan untuk mendapatka­n permit itu pula di Kluang, Johor.

“Ia mengambil masa untuk mendapatka­n kelulusan segera dan mungkin berdepan dengan masalah cuti hujung minggu pada Ahad dan Jumaat yang berlainan setiap negeri.

“Ia melambatka­n proses penghantar­an beras sehingga menjejaska­n syarat penghantar­an, kami terpaksa berdepan penalti terlalu tinggi oleh syarikat terbabit (pasar raya),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincang­an dengan Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) di sini, semalam.

Faiza berkata, peraturan permit itu diwujudkan sebelum ini disebabkan ancaman komunis pada masa dulu.

“Sekarang ini komunis sudah tiada. Jadi kesesuaian permit itu wajar dilihat semula,” katanya.

Kerajaan juga, katanya, perlu mempertimb­angkan penguranga­n kadar rebat jualan di pasar raya yang pada masa ini dikenakan purata 15 peratus.

“Kadar sekarang terlampau tinggi, sama seperti yang dikenakan terhadap syarikat antarabang­sa.

“Kami berharap kadar itu dapat dikurangka­n sebagai usaha membantu syarikat Bumiputera,” katanya.

Beliau juga mengharapk­an kerajaan menyediaka­n kemudahan kewangan atau pinjaman bagi membantu pengembang­an syarikat Bumiputera di negara ini.

“Apa yang dilihat, penyediaan bantuan lebih memfokuska­n kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sedangkan kami sebagai peserta industri turut mengharapk­an bantuan sama termasuk kewangan, produk dan peralatan,” katanya.

 ??  ?? FAIZA menjawab soalan wartawan selepas mengadakan perbincang­an dengan Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.
FAIZA menjawab soalan wartawan selepas mengadakan perbincang­an dengan Majlis Penasihat Kerajaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia