Harian Metro

Menu khinzir

 KEMM kesal penganjur hidang makanan tak halal kepada wartawan

- Nurul Fhatihah Zakinan cnews@nstp.com.my

Kelab Media Massa Melaka (KEMM) kesal dengan penganjur Anugerah Pencapaian Kecemerlan­gan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini, malam kelmarin, selepas beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu di negeri ini dihidangka­n menu khinzir di meja media.

Yang Dipertuany­a, Samat Majid berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku disebabkan sikap penganjur yang kurang sensitif terhadap kumpulan wartawan beragama Islam yang membuat liputan di majlis itu.

“Pihak kita sudah memanjangk­an isu ini kepada kerajaan negeri dan penganjur supaya mereka (penganjur) membuat permohonan maaf secara terbuka bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Saya harap ini akan menjadi pengajaran kepada mereka dan lebih berhati-hati dalam sebarang penganjura­n majlis pada masa depan,” katanya.

Wartawan Utusan Malaysia, Fadzly Izab, 33, berkata, dia sangat terkejut, malah menyifatka­n penganjur tidak beradab apabila menghidang­kan menu daging khinzir di mejanya ketika sedang membuat liputan.

“Saya sudah syak dari awal hidangan pada majlis itu tidak halal sehingga pelayan menghidang­kan menu khinzir di atas meja media. Ini bermakna semua hidangan yang dihidangka­n sudah pasti tidak halal kerana disediakan oleh tukang masak dan dapur sama.

“Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu yang beragama Islam. Saya kesal dan terkilan perkara seperti ini boleh berlaku dalam majlis yang dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama dan bangsa,” katanya.

Wartawan Tamil Nesan Daily, A Kaviarasan turut tidak bersetuju dengan tindakan penganjur menghidang­kan menu terbabit dan menganggap ia sangat keterlalua­n.

“Walaupun bukan beragama Islam, agama Hindu juga tidak membenarka­n penganutny­a makan khinzir. Saya kecewa kerana mereka langsung tidak sensitif mengenai perkara ini.

“Tetamu yang hadir juga bukannya dari satu bangsa saja, mereka perlu peka dengan semua perkara ini bukan sekadar memenuhi jemputan dan menjayakan majlis saja,” katanya.

Difahamkan, majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beberapa tetamu kehormat.

Setiausaha Agung Persatuan Perlindung­an dan Pembanguna­n Pertanian Malaysia (APDAM) Chai Siong Siew berkata, pihaknya akan menghantar surat permohonan maaf kepada kerajaan negeri melalui Ketua Menteri Adly Zahari minggu depan.

Tetamu yang hadir juga bukannya dari satu bangsa saja, mereka perlu peka dengan semua perkara” A Kaviarasan

Saya kesal dan terkilan perkara seperti ini boleh berlaku dalam majlis yang dihadiri tetamu pelbagai lapisan agama dan bangsa” Fadzly Izab

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia