Harian Metro

Tarik semula permohonan semakan terhadap ROS

-

Kuala Lumpur: Kerajaan semalam menarik balik permohonan semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung tindakan badan itu sebelum ini yang tidak mendaftark­an Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan politik sah.

Keputusan menarik balik permohonan semakan kehakiman itu dibuat berikutan Pakatan Harapan akhirnya didaftarka­n sebagai pertubuhan berdaftar oleh ROS pada 16 Mei lalu iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diberitahu peguam Michelle Ng kepada pemberita selepas prosiding permohonan semakan kehakiman berkenaan di hadapan Hakim Datuk Nordin Hassan.

Melalui prosiding dalam kamar itu, Hakim Nordin kemudian membatalka­n permohonan semakan kehakiman terbabit tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Dalam permohonan­nya bagi kebenaran semakan kehakiman difailkan pada 21 Februari lalu, Setiausaha Jawatankua­sa Penaja pakatan itu Datuk Saifuddin Abdullah, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh bertindak sebagai pemohon manakala ROS dinamakan sebagai responden.

Pemohon dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman pada 1 Mac lalu.

Mereka memohon mendapatka­n pengisytih­aran bahawa tindakan ROS tidak mendaftark­an Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar adalah bercanggah dengan kewajipan statutori badan itu dan bercanggah dengan harapan sah mereka (pemohon).

Secara alternatif, pemohon mahukan pengisytih­aran bahawa tindakan ROS tidak mendaftark­an Pakatan Harapan sebagai pertubuhan berdaftar sebagai tidak munasabah dan berniat jahat.

Mahkamah Tinggi di sini diberitahu oleh seorang ahli kimia bahawa dia menganalis­is 12 sampel spesimen milik mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, tahun lalu.

Ahli Kimia Bahagian Toksikolog­i Jabatan Kimia Malaysia, Yong Khursihah Kamarol Bahrin, 37, berkata, dia menerima semua sampel spesimen yang mengandung­i 11 darah dan satu air kencing mangsa kebakaran itu daripada Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar.

Menurutnya, dia menjalanka­n analisis alkohol, bahan mudah meruap, cyanide, karbon monoksida dan analisis dadah terhadap

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia