Harian Metro

2 keracunan COHb

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@nstp.com.my

„ Ahli kimia buat analisis sampel spesimen mangsa kebakaran

sampel spesimen yang diterima pada 15 September tahun lalu.

Yong Khursihah berkata, daripada 12 spesimen itu, dua sampel berada atas paras normal iaitu yang menunjukka­n simptom keracunan karboksihe­moglobin (COHb) dan satu sampel yang dalam keadaan sedikit toksik.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz pada perbicaraa­n kes dua remaja lelaki yang didakwa bersama-sama membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan.

Kedua-dua remaja itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September tahun lalu.

Kedua-duanya yang kini berusia 17 tahun dan diwakili peguam Haijan Omar masing-masing didakwa atas 23 pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, tertuduh di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001, namun boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 14 November depan.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 29 September 2017.
LAPORAN Harian Metro 29 September 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia