Harian Metro

Tuntut jawapan

 Abang mendiang pelatih TLDM mahu penjelasan kematian adik

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

“Adik saya (Soosaimani­cckam Joseph, 27) sanggup meninggalk­an kerjaya sebagai jurutera di syarikat elektronik di Shah Alam bergaji lumayan bagi mencapai cita-cita menjadi pegawai tentera laut,” ujar Charles Joseph, 32, yang masih buntu berhubung punca kematian misteri adiknya Mei lalu.

Dia berkata, adik bongsunya meninggal dunia pada 19 Mei lalu ketika menjalani latihan sebagai pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.

“Sebelum ini dia pernah mencuba untuk menyertai Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Melaka demi merealisas­ikan impian menjadi seorang pegawai TLDM selepas menamatkan pengajian.

“Namun usaha itu tidak kesampaian disebabkan beberapa faktor sebelum dia melanjutka­n pelajaran di peringkat Sarjana Kejurutera­an di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi dengan biasiswa penuh dari syarikat Nestle.

“Justeru saya dan keluarga mahukan jawapan dan keadilan terhadap punca sebenar kematian Soosaimani­cckam,” katanya ketika ditemui semalam.

Pihak TLDM juga diminta menjelaska­n sebab Soosaimani­cckam tetap diarahkan untuk meneruskan latihan ketenteraa­n meskipun dia sudah memaklumka­n kepada pegawai penyeliany­a keadaan kesihatan diri yang tidak mengizinka­n untuk meneruskan latihan pada hari sama dia disahkan meninggal dunia.

Peguam bela keluarga mangsa, N Surendran, berkata sehingga hari ini, pihak TLDM masih gagal menjelaska­n sebab utama kematian mangsa sehingga wujud elemen mencurigak­an termasuk berkemungk­inan berlakunya unsur penderaan.

“Berdasarka­n laporan awal bedah siasat dijalankan oleh pihak Hospital Seri Manjung, Perak mendapati punca kematian Soosaimani­cckam adalah ‘Pulmonary

Oedema’ atau kewujudan air dalam paru-paru.

“Bagaimanap­un pada 13 Mei lalu, abang mangsa mendakwa Soosaimani­cckam menerusi perbualan telefon mengadu dia menjalani latihan bersifat penderaan iaitu tanpa rehat selain tidur hanya satu jam selain melihat kesan luka pada dahi mangsa,” katanya.

“Pada masa ini, pihak keluarga berbincang untuk mengambil tindakan selanjutny­a mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap TLDM, selepas membuat dua laporan polis mengenai kejadian yang berlaku ke atas mangsa.

“Ini kerana sebelum menyertai latihan pegawai kadet berkenaan, Soosaimani­cckam disahkan berada dalam keadaan sihat namun meninggal dunia secara tiba-tiba selepas tujuh hari menjalani latihan kadet TLDM,” katanya,

Justeru, Surendran percaya ada unsur jenayah dalam kejadian berkenaan selain adanya keperluan untuk menjalanka­n siasatan mengikut Seksyen 304A, Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kematian.

“Pada masa ini keluarga mangsa juga masih belum menerima sebarang penjelasan serta laporan susulan siasatan yang dijalankan oleh polis selepas siasatan dijalankan,” katanya.

Sebelum menyertai latihan pegawai kadet berkenaan, Soosaimani­cckam, disahkan berada dalam keadaan sihat” N Surendran

 ??  ?? SURENDRAN (kanan) bersama Charles (kiri) pada sidang media berkaitan kematian Soosaimani­ckam ketika menjalani latihan di Pengkalan Tentera Laut Lumut.
SURENDRAN (kanan) bersama Charles (kiri) pada sidang media berkaitan kematian Soosaimani­ckam ketika menjalani latihan di Pengkalan Tentera Laut Lumut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia