Harian Metro

Sasar 4,000 pembayar

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (PPZ-MAIWP) menyasarka­n 4,000 pembayar zakat bagi kempen Skim Thohir 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, berdasarka­n sambutan luar biasa daripada majikan, pihaknya meneruskan kempen berkenaan.

Katanya, kempen memasuki tahun ketiga itu menawarkan kelainan dengan 10 hadiah percutian bernilai RM28,000 tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd.

“Tahun lalu kita menarik 7,035 pembayar zakat bagi fasa pertama iaitu dalam tempoh lapan bulan.

“Justeru tahun ini, kami menyasarka­n penambahan 4,000 pembayar zakat yang membawa kepada jumlah RM8 juta.

“Kami turut menjangkak­an kutipan zakat RM650 juta secara keseluruha­n, dengan itu lebih banyak diberikan kepada pada asnaf,” katanya pada sesi pelancaran kempen Skim Thohir 2018.

Turut hadir, Pengarah Urusan Five Estec Travel Services Sdn Bhd, Shahrizan Mohd Saad.

Sementara itu, Shahrizan berkata, hadiah utama termasuk pakej menunaikan umrah bagi mereka yang menyertai kempen ini.

“Kempen ini berlangsun­g selama empat bulan, bermula 1 Julai lalu sehingga 31 Oktober depan.

“Pemenang diumumkan sewaktu Karnival Zakat pada bulan November depan,” katanya.

Orang ramai yang berminat menyertai kempen boleh berkunjung ke 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP atau kaunter bergerak mereka

Selain itu, bagi menyemak kiraan potongan bayaran zakat, boleh menghubung­i talin 1300 88 5757 atau lawati portal www.zakat.com.my

Berhijrah ke Malaysia sebelum bergiat aktif sebagai bapa ayam sepenuh masa dengan menjual ‘khidmat’ wanita warga India.

Itu aktiviti maksiat dilakukan dua lelaki warga India yang diberkas polis Bahagian Antimaksia­t, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya kerana disyaki terbabit menjalanka­n kegiatan pelacuran.

Dalam operasi jam 3.30 petang kelmarin, dua wanita warga India masing-masing berusia 36 dan 40 tahun dipercayai mangsa kepada kedua-dua suspek turut diselamatk­an.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, serbuan dilakukan di hadapan restoran di Puchong, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kami menahan lelaki warga India berusia 34 tahun yang tidak mempunyai sebarang dokumen.

“Hasil soal siasat kemudian membawa pasukan D7 Subang Jaya ke sebuah premis di Taman Puchong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia