Harian Metro

TM LANCAR PAKEJ INTERNET MURAH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

 Unifi Basic pada harga mampu milik RM79 untuk 30Mbps

Telekom Malaysia Bhd (TM) melancarka­n pakej unifi mampu milik, unifi Basic pada harga RM79 dengan kelajuan 30Mbps dan kuota data sehingga 60GB setiap bulan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Bazlan Osman berkata, pakej itu boleh mula dilanggan pada 15 Julai ini yang mana ia adalah pakej mampu milik kepada isi rumah dengan pendapatan RM4,500 dan ke bawah.

Beliau berkata, langkah memperkena­lkan pakej seumpama itu adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengurangk­an harga perkhidmat­an jalur lebar pada akhir tahun ini.

“Pelan yang kita tawarkan ini adalah 50 peratus lebih rendah daripada pelan unifi Home 30Mbps sedia ada, sekali gus memberi peluang semua orang untuk menikmati servis jalur lebar yang lebih murah dan pantas.

“Unifi Basic juga boleh dilanggan secara eksklusif menerusi platform atas talian yang akan ditawarkan bermula pada 15 Ogos ini,” katanya pada taklimat media mengenai pakej terbaru itu di sini, semalam.

Malah, pengumuman unifi itu juga membawa perkhidmat­an jalur lebar negara ke tahap lebih tinggi dengan pengenalan penaiktara­fan pelan untuk pelanggan unifi Home sedia ada sehingga 800Mbps.

Selain itu, ia turut memperkena­lkan naik taraf pelan untuk pelanggan Streamyx kepada unifi di kawasan liputan unifi atau peningkata­n kelajuan dua kali ganda di kawasan yang tiada liputan servis berkenaan.

Pada majlis itu, TM juga mengumumka­n pelan unifi turbo, terdiri dari Lite Plan, Advance Plan dan Pro Plan masing-masing ditawarkan pada harga RM129 (10Mbps), RM139 (30Mbps) dan RM329 (100Mbps) bermula 15 Ogos ini.

Dalam taklimat itu turut menyaksika­n pengenalan semula pelan pascabayar yang dikenali sebagai unifi Mobile juga pada 15 Julai ini pada harga promosi RM99 sebulan.

Bazlan berkata, TM juga bakal memacu kedudukan kepantasan di peringkat serantau bermula pada tempoh sama apabila pelanggan unifi Home sedia ada akan menikmati naiktaraf secara berperingk­at sehingga 10 kali ganda kelajuan jalur lebar pada harga langganan yang sama.

“Sebagai contoh, pelanggan 30Mbps unifi Home sedia ada berpeluang dinaiktara­f sehingga 300Mbps manakala pelanggan 100Mbps pula kepada 800Mbps,” katanya.

Katanya, empat produk baru itu menandakan komitmen TM untuk menawarkan produk yang mampu milik selari dengan kelajuan dan liputan dalam menikmati pengalaman digital yang lancar.

 ??  ?? BAZLAN (kiri) bersama Naib Presiden Eksekutif unifi TM, Imri Mokhtar ketika sidang media pengumuman pakej terbaru unifi di Menara TM, semalam.
BAZLAN (kiri) bersama Naib Presiden Eksekutif unifi TM, Imri Mokhtar ketika sidang media pengumuman pakej terbaru unifi di Menara TM, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia