Harian Metro

Rugi besar keluar CPTPP

-

Syarikat tempatan akan berdepan kerugian besar sekiranya Malaysia keluar daripada Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP).

Pengarah Eksekutif Asian Trade Centre, Dr Deborah Elms berkata, negara juga akan kalah kepada Vietnam kerana akan menyebabka­n aliran keluar dana pelaburan perdaganga­n dari Malaysia ke negara itu.

“Mengapa (ini berlaku)? Jika saya mempunyai sejumlah wang untuk dilaburkan dan mahu memilih di mana untuk melaburkan­nya, saya akan sentiasa memilih Vietnam sekiranya Malaysia tidak berada di dalam CPTPP.

“Namun, sekiranya Malaysia berada di dalam CPTPP, saya perlu berfikir secara mendalam kerana walaupun Vietnam mempunyai kelebihan seperti kos buruh yang lebih murah, tetapi Malaysia masih jauh mengatasi Vietnam dari segi pelbagai faktor seperti mempunyai lebih ramai penduduk yang berpendidi­kan tinggi, lebih mahir dalam beberapa sektor dan kemudahan pelabuhan yang lebih baik.

“Atas pertimbang­an semua itu, Malaysia akan terus menjadi pilihan saya pada setiap masa berbanding Vietnam. Namun, sebaliknya jika Malaysia tiada dalam CPTPP, keputusann­ya adalah mudah buat saya, saya akan memilih Vietnam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai sesi perbincang­an meja bulat ASEAN bertajuk

Ekonomi Digital ASEAN: Implikasi Dasar, Jurang dan Pelaburan di Kuala Lumpur, semalam.

Sesi perbincang­an itu dikendalik­an Pengerusi CIMB ASEAN Research Institute, Tan Sri Dr Munir Majid dan selain Elms, ia turut disertai tiga panelis lain iaitu Ketua Penyelidik Pelaburan, Bahagian Pelaburan dan Enterpris, UNCTAD, Richard Bolwijn; Ketua

Kumpulan Hal Ehwal Regulatori Axiata Bhd, Foong Chee Keong dan Felo Kanan CIMB ASEAN Research Institute, Dr Sufian Jusoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia