Harian Metro

Malaysia bakal rugi RM48 bilion setahun

-

Kuala Lumpur: Negara bakal kerugian kira-kira RM48 bilion setahun sekiranya tidak berhati-hati menangani isu keselamata­n siber.

Kajian hasil kerjasama Microsoft dan Frost & Sullivan menunjukka­n insiden keselamata­n siber membabitka­n syarikat adalah 630 peratus lebih tinggi berbanding kerugian ekonomi di kalangan syarikat berskala pertengaha­n.

Pegawai Teknologi Kebangsaan Microsoft Malaysia, Dr Dzahar Mansor berkata, kajian bersama yang dinamakan Memahami Ancaman Keselamata­n Siber di Asia Pasifik: Menjamin Keselamata­n Enterpris Moden Dalam Dunia Digital menunjukka­n kerugian terbabit mampu melebihi nilai pendapatan negara kasar (GDP).

“Jika dinilai, kerugian RM48 bilion terbabit melebihi empat peratus nilai GDP negara.

“Ia amat membimbang­kan apatah lagi syarikat berskala besar juga berisiko berdepan kerugian kira-kira RM89 juta akibat jenayah siber,” katanya pada sidang media mengenai penemuan kajian bersama Microsoft dan Frost & Sullivan di sini, semalam.

Sementara itu, Naib Presiden Frost & Sullivan Asia Pasifik, Sapan Agarwal berkata, serangan siber juga mampu menyebabka­n rakyat hilang pekerjaan.

“Dalam kajian ini, serangan siber menyebabka­n kehilangan pekerjaan bagi tiga daripada lima organisasi sejak 12 bulan lalu.

“Tiga jenis kerugian akibat serangan siber iaitu secara langsung, tidak secara langsung dan cetusan,” katanya.

Namun, menurut Agarwal, terdapat kerugian tersorok yang sukar ditafsirka­n.

Sementara itu, Cyber Security Malaysia (CSM) menerima hampir 3,280 laporan insiden siber dicatatkan bermula awal tahun sehingga hujung Jun lalu.

 ??  ?? DR Dzahar
DR Dzahar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia