Harian Metro

Buka dua lagi IPC

 Pos Malaysia rancang penuhi permintaan perniagaan CEP

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) merancang membuka beberapa lagi Pusat Bungkusan Bersepadu (IPC) dalam tempoh jangka panjang bagi memenuhi permintaan terhadap perniagaan kurier, ekspres dan bungkusann­ya (CEP) yang semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Al-Ishsal Ishak berkata, pihaknya menunggu hasil keputusan daripada laporan kajian yang bakal diumumkan penghujung bulan ini bagi menilai potensi pertumbuha­n dan aliran e-dagang di lokasi terpilih sebelum melaksanak­an pelan pembinaan kemudahan dan penghantar­an IPC.

“Kami mungkin membuka IPC 3 dan 4 di lokasi seperti di Wilayah Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak bergantung kepada hasil laporan itu kelak,” katanya pada majlis pelancaran projek penambahan kapasiti Pusat Bungkusan Bersepadu (IPC) di sini, semalam.

Sehingga kini, Pos Malaysia memiliki sebuah IPC di Shah Alam dan bakal membuka IPC Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada suku kedua 2019.

Beliau berkata, pihaknya memperuntu­kkan pelaburan RM60 juta bagi IPC bergantung kepada saiz dan kos pembinaann­ya dengan purata kapasiti antara 150 000 hingga 200,000 barangan setiap hari.

“Untuk IPC Shah Alam dan KLIA, kami melabur RM120 juta termasuk kos penambahan kapasiti di IPC 1 di Shah Alam ini,” katanya.

Sementara itu, Pos Malaysia melancarka­n projek penambahan kapasiti di IPC Shah Alam dengan kos RM50 juta yang dilaksanak­an di bawah projek penambahan kapasiti IPC.

Al-Ishsal berkata, penambahan terbaru itu akan meningkatk­an lagi kapasiti pusat terbabit kepada 150 peratus iaitu daripada 112,000 item kepada 300,000 item setiap hari.

Menurutnya, langkah Pos Malaysia menambah kapasiti IPC itu didorong oleh CEP domestik yang mencatatka­n prestasi positif dengan pertumbuha­n 19 peratus setiap tahun sejak lima tahun lalu dipacu oleh segmen e-dagang dengan trend itu dijangka terus meningkat pada masa depan.

“Kami jangka mampu meningkatk­an jumlah penghantar­an kepada 500,000 item melalui kapasiti IPC di Shah Alam dan KLIA pada tahun depan,” katanya.

IPC adalah kemudahan pengisihan bungkusan automatik Pos Malaysia di mana ia adalah pusat pemprosesa­n automatik pertama di rantau Asia Tenggara yang menggunaka­n peralatan dan teknologi cross-belt terkini.

 ??  ?? MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai operasi pengasinga­n barang dalam lawatan ke IPC Shah Alam, semalam.
MENTERI Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai operasi pengasinga­n barang dalam lawatan ke IPC Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia