Harian Metro

LASTIK GANTI PISTOL

- Agensi

Anggota polis di bandar Alvarado di negeri Verracruz, Mexico kini menggunaka­n lastik dan batu sebagai senjata selepas keseluruha­n pasukan itu tidak dibenarkan menggunaka­n senjata api kerana gagal ujian kawalan.

Selepas hanya 30 daripada 130 anggota di jabatan polis Alvarado lulus ujian untuk menggunaka­n senjata api, Gabenor Verracruz, Miguel Angel Yunes Linares memutuskan untuk melucutkan senjata api daripada keseluruha­n pasukan itu.

Pejabat gabenor juga mengesahka­n bahawa tindakan sama turut diambil terhadap jabatan polis di beberapa bandar di negeri itu termasuk Ixtaczoqui­tlan, Ciudad Mendoza dan Pueblo Viejo.

Bagaimanap­un, ramai pegawai mengecam tindakan Yunes Linares dan mempersoal­kan bagaimana pihak berkuasa mahu berdepan penjenayah berbahaya di negeri itu.

Datuk Bandar Alvarado, Bogar Ruiz Rosas yang membantah keputusan itu bertindak menganjurk­an satu

 Anggota polis dapat ‘senjata’ baru akibat gagal ujian

acara simbolik penyerahan senjata baru kepada polis bandar itu iaitu lastik dan batu.

Rosas berkata, kebanyakan anggota polis gagal ujian berkenaan kerana jabatan itu kini mempunyai ramai pegawai baru.

“Hari ini kami menyerahka­n lastik sebagai senjata kepada jabatan polis bandar ini. Gabenor membuat keputusan untuk menarik senjata api, ini menyalahi undang-undang kerana ia mencabuli kuasa autonomi kami.

“Sangat jelas pada kami tindakan itu satu isu politik dan polis perlu bersedia untuk menjalanka­n tugas mereka secara profesiona­l, seperti yang anda saksikan ini,” kata Rosas kepada wartawan.

 ??  ?? KEADAAN Firth ketika menerima rawatan di hospital dengan batang besi seberat 20 kilogram masih menembusi badannya. - Agensi
KEADAAN Firth ketika menerima rawatan di hospital dengan batang besi seberat 20 kilogram masih menembusi badannya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia