Harian Metro

Besi 20kg tusuk badan

-

Idaho: Seorang lelaki hampir maut selepas badannya ditembusi batang besi seberat 20 kilogram yang tercabut dari sebuah jentera pengaut ketika bekerja di sebuah ladang di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku 27 Jun lalu ketika Justin Firth, 43, bekerja memasang pagar di Jerome di selatan Idaho, Amerika Syarikat apabila sebatang besi daripada jentera pengaut tercabut dan terus menusuk badan lelaki itu.

“Saya rasa sesuatu mengenai saya sebelum terjatuh ke tanah. Saya kemudian melihat batang besi ini menembusi perut saya dan terus terpacak di tanah. Saya betul-betul takut ketika itu,” kata Firth kepada East Idaho News.

Firth kemudianny­a segera diterbangk­an ke Hospital Portneuf di mana sekumpulan doktor pakar bedah berusaha mengeluark­an besi berkenaan.

Doktor Terrence Rager memberitah­u, dia bersama dua lagi pakar mengambil masa selama empat jam untuk mengeluark­an batang besi berkenaan dan membaiki kecederaan dalaman yang dialami Firth.

Katanya, lelaki itu boleh mati sekiranya batang besi itu bergerak beberapa milimeter ke tepi.

“Objek itu hampir mengenai tulang belakang, aorta dan saluran yang menghubung­kan buah pinggang dengan pundi kencing mangsa.

“Dia bernasib baik kerana batang besi itu tidak dialihkan dan itu yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan kecederaan akibat ditusuk sesuatu objek,” katanya. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia