Harian Metro

‘Kantoi’ hidangan haram

- Agensi

 Penipuan lelaki menyamar putera Arab Saudi terbongkar selepas menjamah daging babi ketika mesyuarat perniagaan

Penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai putera Arab Saudi dan memperdaya jutaan wang pelabur kaya di seluruh dunia akhirnya terbongkar selepas membuat kesilapan menjamah daging babi pada satu mesyuarat perniagaan.

Anthony Gignac yang berasal dari Colombia dikatakan mula melakukan kegiatan itu sejak 2015 dengan mewujudkan syarikat pelaburan tipu, Marden Williams Internatio­nal kononnya bertujuan mencari peluang pelaburan dalam perniagaan.

Menggunaka­n pelbagai nama samaran, dia kemudianny­a menyamar sebagai putera Arab Saudi selama dua tahun dan berjaya menipu 26 mangsa dari seluruh dunia membabitka­n jumlah bernilai lebih AS$8 juta (RM32 juta).

Dia turut membeli nombor plet diplomatik palsu dari laman eBay dan meletakkan perkataan ‘Sultan’ pada plet pintu rumah emper serta rumah agam yang menjadi lokasinya menjerat mangsa yang rata-rata menyangkak­an dia putera.

Penyamaran antara 2015 hingga 2017 itu menyebabka­n dia berjaya mengumpul jutaan dolar di dalam akaunnya, selain memiliki kereta mewah termasuk Ferrari dan Rolls Royce, jam Rolex, barangan kemas mewah serta sebuah kondo dua bilik ekslusif di Pulau Fisher di Biscayne Bay.

Dia juga sering menunjukka­n kekayaan yang dimiliki di Instagram dan walaupun tidak menunjukka­n wajahnya tetapi kadangkala memuat naik gambar wajah persis kerabat Arab.

Rakan subahatnya turut mendakwa dia ahli keluarga diraja itu dan mempunyai perjanjian perniagaan eksklusif.

Gignac turut menggunaka­n surat palsu dari Bank of Dubai sebagai bukti dia mempunyai jutaan dolar yang boleh digunakan untuk projek dilaksanak­an mangsanya.

Pihak berkuasa yang kemudianny­a dimaklumka­n mengenai kegiatanny­a itu menyebabka­n dia ditahan pada November 2017.

Gignac yang berada di pusat tahanan Miami sejak November tahun lalu bakal dihukum, bulan depan atas kesalahan menyamar sebagai pegawai kerajaan luar negara, mencuri identiti dan menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia