Harian Metro

TAK KENAL ERTI PENAT

-

 Chong Wei mula jalani latihan dalam tempoh bercuti untuk kekal pada tahap prestasi terbaik

sepatutnya hanya kembali berlatih pada

Isnin ini sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang bermula 30 Julai hingga 5 Ogos.

“Walaupun mengatakan yang dia mahu berehat tetapi Chong Wei tetap mahu memastikan kecergasan­nya kekal di tahap terbaik. Sebab itu, sebaik pulang dari Jakarta dia terus berlatih di gimnasium dan akan mula turun ke gelanggang untuk latihan penuh esok (hari ini).

“Chong Wei memang begitu, dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan dirinya kekal pada tahap prestasi terbaik apatah lagi Kejohanan Dunia kali ini antara kejohanan penting untuk dirinya. Kesungguha­n dan keinginann­ya memang luar biasa,” kata jurulatih perseorang­an lelaki, Hendrawan.

Walaupun usianya semakin meningkat, namun Chong Wei membuktika­n tenaganya masih muda apabila berjaya merangkul gelaran ke-12 Terbuka Malaysia dua minggu lalu sebelum mara sehingga separuh akhir Terbuka Indonesia.

Di final Terbuka Malaysia, dia menewaskan pemain muda Jepun, Kento Momota tetapi tewas kepada lawan sama di separuh akhir Terbuka Indonesia.

Selain Kejohanan Dunia, fokus utama Chong Wei tahun ini juga terarah kepada memburu pingat emas pertama Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia yang akan bermula pada 18 Ogos hingga 2 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia