Harian Metro

Tengku Ahmad Tajuddin sandaran raih emas

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Tengku Ahmad Tajuddin dikenali sebagai seorang yang agak pendiam tetapi aksinya di padang sering menjadi igauan buat mana-mana lawan.

Pada usia 32 tahun, dia menjadi antara pemain yang diharapkan skuad lelaki kebangsaan untuk membawa pulang emas dari temasya Sukan Asia bulan depan.

Dia pernah hampir digugurkan jawatankua­sa pemilihan menjelang Piala Dunia Remaja 2005 kerana saiz fizikalnya yang lebih kecil dan faktor itu membuatkan pengurusan pasukan tidak yakin terhadap kemampuann­ya untuk bersaing dengan pemain Eropah serta Amerika Selatan.

Tetapi kebolehann­ya menggelece­k mana-mana pemain yang bertubuh lebih besar daripadany­a membuatkan dia sering menjadi pilihan untuk membarisi skuad senior kebangsaan.

Dia turut berada dalam pasukan yang bermain di Sukan Asia Guangzhou 2010 dan percaya, mereka lebih bersedia dan mantap untuk memenangi emas, sekali gus layak secara automatik ke Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Ketika ditanya apa yang mahu dibawa pulang dari Jakarta nanti, Tengku Ahmad Tajuddin pantas menjawab: “Emas”.

Dia menambah: “Sasaran itu bukan mustahil. Dengan perlawanan serta latihan yang kami harungi sebelum ke Sukan Asia, saya percaya kami mampu mengejutka­n pasukan di ranking lebih baik dan layak ke Olimpik.”

India yang menduduki ranking ke-6 dunia, bakal menjadi masalah terbesar buat Malaysia tetapi pada masa sama, Malaysian Tiger sama sekali tidak boleh mengetepik­an cabaran Pakistan, Korea Selatan dan Jepun.

Persekutua­n Hoki Asia (AHF) masih belum mengeluark­an jadual pertanding­an tetapi berdasarka­n kepada ranking, Malaysia mungkin bertemu India sama ada di separuh akhir atau akhir.

Apa yang membuatkan Tengku Ahmad Tajuddin yakin dengan kebolehan skuad kali ini?

“Sesi ujian di Argentina memberikan kami lonjakan semangat yang kami perlukan untuk ke Jakarta. Mereka mempamer corak keras dan tidak pernah menyerah kalah... saya dan rakan sepasukan banyak belajar dan kami percaya bahawa kami akan berhabis-habisan untuk mencapai matlamat kami,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Ahmad Tajuddin (kiri) tonggak harapan skuad hoki negara di Sukan Asia.
TENGKU Ahmad Tajuddin (kiri) tonggak harapan skuad hoki negara di Sukan Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia