Harian Metro

Impian Matthysse tertunai

 Berdepan Pacquiao bagi kekalkan kejuaraan welterweig­ht dunia, Ahad ini

- Farah Azharie farahazhar­ie@nstp.com.my

“Pertama, Matthysse adalah salah seorang pejuang yang paling menyerlah untuk beberapa tahun kebelakang­an ini dan ia akan membantu menarik peminat di Malaysia Manny Pacquiao

Setiap kali saya bertarung, saya memasang impian untuk bertarung dengannya (Pacquiao) dan saya sudah bersedia untuk menentangn­ya” Lucas Matthysse

Lucas Matthysse menegaskan pertarunga­nnya dengan petinju Filipina, Manny Pacquiao bagi mempertaha­nkan gelaran welterweig­ht dunia Persatuan Tinju Dunia (WBA) di Arena Axiata Bukit Jalil, Ahad ini bukan berdasarka­n kepada soal imbuhan semata-mata.

Bercakap ketika sidang media terakhirny­a menjelang Pertarunga­n Antara Juara di Hotel Hilton KL Sentral, petinju Argentina itu berkata, pertarunga­n berkenaan adalah demi maruah dan kebanggaan.

“Ya, sudah pasti dan sebab itu saya bekerja keras ketika latihan demi pertarunga­n ini kerana kemenangan ini adalah untuk rakyat Argentina dan diri saya,” katanya.

Petinju berusia 35 tahun itu yang muda empat tahun berbanding Pacquiao mengakui sentiasa memasang impian untuk beradu kekuatan dengan Senator Filipina berkenaan dan bangga apabila diberi peluang merealisas­ikan perkara itu.

“Setiap kali saya bertarung, saya memasang impian untuk bertarung dengannya (Pacquiao) dan saya sudah bersedia untuk menentangn­ya,” kata Matthysse.

Sementara itu, Pacquiao menjelaska­n, dia memilih Matthysse sebagai pencabarny­a dalam usaha mempromosi­kan sukan tinju di Asia disebabkan dua faktor.

“Pertama, Matthysse adalah salah seorang pejuang yang paling menyerlah untuk beberapa tahun kebelakang­an ini dan ia akan membantu menarik peminat di Malaysia.

“Dia juga pejuang sejati dan apabila saya bertarung dengannya, saya dapat bayangkan apa yang dia akan lakukan di atas gelanggang bagi membuatkan peminat gembira, jadi ini adalah pertarunga­n yang sangat menarik,” kata Pacquiao.

 ?? FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM ?? PACQUIAO (kiri) bergambar dengan pencabarny­a Matthysse pada sidang media bagi gelaran welterweig­ht dunia WBA di Bukit Jalil, Ahad ini.
FOTO: NUR ADIBAH AHMAD IZAM PACQUIAO (kiri) bergambar dengan pencabarny­a Matthysse pada sidang media bagi gelaran welterweig­ht dunia WBA di Bukit Jalil, Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia