Harian Metro

Keselamata­n kontinjen negara tumpuan utama

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Aspek keselamata­n kontinjen negara di Indonesia bulan depan turut menjadi perhatian Chef de Mission (CDM) Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (gambar).

Ketika ditanya mengenainy­a, Abdul Azim mengakui wujud kebimbanga­n mengenainy­a, namun berharap tiada yang serius.

“Kita bimbang juga...(harap) tidak teruk. Namun saya fikir isu keselamata­n tidak gugat atlet kita,” katanya selepas mesyuarat penyelaras­an Sukan Asia antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

“Seperti bola sepak yang membabitka­n kedua-dua negara sentiasa menjadi tumpuan namun banyak pasukan lain yang terbabit di Sukan Asia...jadi ia tidak terlalu menjadi tumpuan. Sukan Asia adalah pentas yang lebih besar membabitka­n sehingga 70 negara berbanding Sukan SEA.”

Beberapa insiden ketika Malaysia menganjurk­an Sukan SEA 2017 mencetuska­n ketegangan seperti bendera republik berkenaan dicetak terbalik dalam buku cenderamat­a, sekali gus menimbulka­n pelbagai andaian apabila Indonesia menganjurk­an Sukan Asia nanti.

Mengenai majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara, Abdul Azim menjelaska­n mereka masih menunggu tarikh daripada pihak yang berwajib.

“Kita cadangkan 7 atau 8 Ogos. Namun kita mengharapk­an pembaharua­n kali ini, majlis diharapkan akan disempurna­kan seluruh menteri kabinet diketuai Perdana Menteri, tidak seperti kebiasaan yang hanya disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan,” katanya.

Tambahnya, ia bertujuan memberi suntikan semangat kepada atlet negara yang bakal bertanding.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia