Harian Metro

Perkukuh dominasi

- Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

 JDT tetap buru kemenangan di Alor Setar, malam ini

Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mengesahka­n kejuaraan Liga Super untuk kali kelima berturut-turut namun pasukan itu tetap meletak sasaran memburu kemenangan apabila berdepan Kedah di Stadium Darul Aman, malam ini.

Pengendali Harimau Selatan, Raul Longhi bakal membuat rombakan kecil dalam kesebelasa­n utama dengan kemungkina­n menurunkan barisan pemain muda yang jarang diturunkan sebagai pendedahan terbaik untuk mereka.

Safawi Rasid, Afiq Fazail, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan Nazmi Faiz Mansor mungkin diturunkan untuk berdepan skuad kendalian Nidzam Adha Yusoff yang pasti akan turun dengan corak permainan agresif bagi menebus kekalahan 1-4 kepada Melaka United, Selasa lalu.

“Pemain muda JDT menjadi aset penting dalam pasukan itu, malah saya sentiasa memberi sokongan kepada mereka dan juga pemain senior kerana kami berpegang kepada falsafah bola sepak yang diterapkan.

“Apa yang saya dapat rumuskan, pemain muda dalam skuad JDT sudah mula menunjukka­n kematangan dan tidak kekok apabila diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan kerap memainkan peranan penting membentuk persefaham­an dengan pemain senior.

“Malah saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap barisan pemain muda dalam skuad JDT. Mereka adalah pemain masa depan untuk JDT kerana memiliki mentaliti terbaik dan sentiasa positif untuk membantu pasukan,” katanya.

JDT yang menewaskan Perak 2-1 pada aksi Selasa lalu, tidak pulang ke Johor Bahru selepas perlawanan itu, sebaliknya skuad kendalian Longhi berada di Ipoh dan akan meneruskan perjalanan ke Alor Setar untuk pertembung­an menentang skuad Lang Merah.

Kini, Harimau Selatan mahu menamatkan baki empat lagi perlawanan dengan kemenangan 100 peratus bermula dengan aksi menentang Kedah, disusuli pertembung­an menentang Kelantan di laman sendiri Selasa ini diikuti aksi menentang PKNP FC di Stadium Perak, 21 Julai ini.

Harimau Selatan akan menamatkan saingan liga dengan pertembung­an menentang Kuala Lumpur di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 27 Julai ini dan kemudian akan kembali memberi fokus bagi mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

 ??  ?? PEMAIN JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan Perak di final Piala Super 2018.
PEMAIN JDT meraikan kemenangan selepas menewaskan Perak di final Piala Super 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia